Rabu, Jun 9

PEMIKIRAN FALSAFAH IBNU SINA : KEJIWAAN

Apabila menyentuh berkenaan kejiwaan, tokoh ini sebenarnya member perhatian terhadap konsep ini. Ibnu Sina mengaplikasikan teori kejiwaannya berpandukan rujukan dari bahan rujukannya hasil tulisan tokoh terkenal seperti Aristotel, Galius ataupun Plotinus, terutama sekali Aristotel. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna Ibnu Sina tidak berkemampuan melahirkan pendiriannya sendiri. Sebenarnya, beliau banyak melakukan pembaikan dalam teori-teori yang pernah dilahirkan sebelumnya sehingga ia lebih ke arah pemikiran falsafah yang moden.

Pengaruh Ibnu Sina dalam falsafah kejiwaan tidak dapat disangkalkan bermula dari abad ke-10 masihi sehingga akhir abad ke-19 masihi, terutama melibatkan Gundisallinus, Albert The Great, Thomas Aquinas, Roger Bacon dan juga Dun Scot. Menurut falsafah kejiwaan tokoh ini, ianya merupakan aliran pancaran. Pancaran dariTuhan yang bermula dari pembentukan akal pertama kepada akal kedua dan juga langit pertama sehinggalah tercapai ke akal kesepuluh. Akal kesepuluh inilah akan memancar segala apa yang terdapat di bumi ini. Apa yang dimaksudkan dengan akal pertama adalah Malaikat tertinggi iaitu Malaikat Jibra’il.

Terdapat percanggahan pendapat berkenaan pemikiran ini di antara pengikut Sufi dan Mu’tazilah. Pengikut Sufi berpendapat bahawa kemurnian tauhid mengandungi erti hanya Allah sahaja bersifat ‘Wujud’. Manakala kewujudan yang lain diletakkan sebagai penyimpangan tauhid. Pengikut Sufi meletakkan kewujudan selaian Tuhan itu umpama bayangan semata, iaitu hamper menyerupai tetapi bukannya hakiki. Berdasarkan fahaman inilah wujudnya fahaman ‘Wahdatul Wujud’ (Kesatuan Wujud), yang bermaksud wujud bayangan yang bergantung pada yang wujud yang mempunyai bayangan. Pada hakikatnya ianya tidak wujud kerana ianya terbentuk apabila ada yang wujud sehingga wujudnya bayangan yang meyerupainya.

Manakala Pengikut Mu’tazilah berpendapat bahawa usaha memurnikan tauhid menuju kepada ketiadaan sifat-sifat Tuhan. Ahli falsafah Islam yang dipolopori oleh Al-Farabi cenderung kepada Al-Faidh. Iaitu berpendapat bahawa Allah mencipta alam iniuntuk menunjukkan kewujudan Allah SWT. Ia boleh disedari melalui bertafakur (berfikir). Kewujudan Tuhan dengan Zat-Nya merupakan prinsip dari peraturan dan kebaikan dalam alam. Sebagaimana kata Sayyed Zayid “ Adalah Ilmu Tuhan tentang diri-Nya, dan ilmu itu adalah daya (Al-Qudrah) yang menciptakan segalanya agar sesuatu tercipta, cukup hanya Tuhan mengetahui-Nya.

Ibnu Sina menyatakn pendaptanya bahawa akal pertama ini mempunyai dua sifat iaitu sifat wajib iaitu wujudnya sebagai pancaran dari Allah dan sifatnya mungkin wujud apabila dikaji dari segi hakikat diri-Nya ( Necessary by virtual of the necessary being and possible in essence). Pemikiran ini mempunyai tiga objek utama iaitu Tuhan, dirinya sebagai yang wajib wujud dan juga dirinya yang mungkin wujud.

Perkaitan Tuhan inilah timbulnya akal dan akal dari pemikiran tentang dirinya sebagai wajib wujudnya jiwa. Dari jiwa inilah pemikiran tentang dirinya sebagai wujud di langit. Jiwa manusia sama seperti jiwa-jiwa segala yang ada di ala mini, memancar dari akal ke-10.

Konsep kejiwaan Ibnu Sina ini secara umunya terbahagi kepada dua iaitu :
1. Secara lahiriah membincangkan kepelbagaian jiwa (jiwa tumbuhan, haiwan dan juga manusia) Membahaskan tentang kebaikan-kebaikan jiwa manusia, termasuk pengertian jiwa yang sebenar.

2. Secara batiniah pula membincangkan berkenaan wujud dan hakikat jiwa, hubungkait jiwa dengan anggota badan serta keabdian jiwa.

Ibnu Sina membahagikan jiwa ini kepada 3 bahagian iaitu:-
i. Jiwa Tumbuh-tumbuhan
Makanan (nutrition), Tumbuh (growth) dan membiak (Reproduction)

ii. Jiwa haiwan
Bergerak ( Locomotion), Menangkap (perception) yang terbahagi pula dua bahagian iaitu menangkap dari luar pancaindera dan menangkap melalui pancaindera, indera bersama dengan menerima segala apa yang disedari oleh pancaindera, Representasi yang menyimpan segala apa yang diterima oleh indera bersama, imaginasi yang mampu menyusun yang tersirat dalam representasi, estimasi yang menangkap hal-hal abstrak dan menyimpan koleksi hal-hal abstrak yang diterima oleh estimasi.

iii. Jiwa manusia
Secara praktikalnya mempunyai hubungan dengan anggota badan yang secara teorinya adalah berkaitan abstrak. Kemampuan ini mempunyai peringkat iaitu:
a. Akal yang mempunyai potensi untuk berfikir dan belum diterokai.
b. ‘Intelectual in habits’ iaitu akal yang mulai dilatih untuk berfikir tentang perkara abstrak.
c. Akal yang dapat berfikir tentang perkara abstrak.
d. Akal yang telah berkemampuan berfikir tentang perkara abstrak dengan tidak memerlukan usaha.
Sifat manusia bergantung dari mana pemilikan jiwa yang mereka miliki, samada jiwa tumbuh-tumbuhan, jiwa haiwan dan manusia. Ianya akan mempengaruhi ke atas individu tersebut. Jika jiwa yang dimilikinya menyerupai Malaikat, maka dirinya mendekati sifat kesempurnaan.

Menurut Ibnu Sina, jiwa manusia adalah satu unit yang tersendiri dan mempunyai wujud terlepas dari badan. Jiwa manusia akan timbul setiap kali ada badan yang sesuai dan menerima jiwa yang lahir di dunia ini. Walaupun jiwa tidak jelas secara fizikalnya tetapi kewujudannya akan mempengaruhi gerakan anggota badan yang memiliki jiwa tersebut kepada mengikut jenis jiwa yang dimiliki.

Menurut Al-Ghazali dalam buku falsafahnya yang menyatakan bahawa manusia itu mempunayi identiti yang tetap dan tidak berubah (Al-Nafs). Ia bermaksud kemampuan berdiri sendiri yang tidak bertempat. Dan merupakan tempat penyimpanan pengetahaun-pengetahuan intelektual (Al-Ma’aulat) yang berasal dari alam Al-Malakut atau Al-Amr. Al-Ghazali menegaskan bahawa manusia terdiri atas dua perkara pokok iaitu perkara yang berdimensi dan tidak berdimensi tetapi mempunyai kemampuan merasa dan bergerak dengan kemahuan. Perkara pertama dinamakan sebagai badan (al-jism) dan perkara kedua disebut jiwa (al-Nafs). Menyerupai pendapat Ibnu Sina.

Terdapat 4 dalil yang dikemukakan oleh Ibnu Sina untuk membuktikan adanya jiwa iaitu:
1. Dalil Alam iaitu kejiwaan (natural psikologi)
Pada diri kita ada peristiwa yang tidak mungkin di tafsirkan kecuali sesudah mengakui adanya jiwa. Peristiwa – peristiwa tersebut adalah gerak dan pengenalan (idrak, pengetahuan). Geak ada dua jenis iaitu :

i. Gerak Paksaan (harakah qahriah) yang timbul akibat dorongan dari luar dan menimpa sesuatu benda kemudiannya menggerakkannya.
ii. Gerak rela. Gerak ini juga terbahagi kepada dua iaitu:
a. Gerak sesuai dengan ketentuan hukum alam seperti gravity (iaitu jatuh dari atas ke bawah)
b. Gerak yang melwan hokum alam seperti manusia yang berjalan, tetapi berat badannya menyebabkan dia kaku, ataupun terlalu ringan sehingga mampu terawang di udara seperti burung-burung yang memiliki kemampuan terbang. Gerakan ini berlaku dengan adanya penggerak iaitu jiwa.
Menurut Ibnu Sina, pengetahuan tidak dimilik keseluruhan makhluk tetapi masih dimilki oleh sebahagian daripadanya. Kebiasaannya, makhluk yang memiliki pengetahuan ini mempunyai kelebihan berbanding dengan makhluk yang lain. Pendapat ini berdasarkan dalam buku yang bertajuk ‘De Anima’ (Jiwa) dan ‘Physics’ yang ditulis oleh Aristotle. Walau Bagaimanapun, terdapat kelemahan pada pendapat tokoh ini, antaranya menyatakan bahawa ‘Natural’ itu dihalalkan dan benda-benda tersebut mempunyai satu nilai, walau terdiri dari satu unsur tetapi mempunyai susunan yang berbeza. Tiada kekutan dalamnya untuk menyatakan perkara-p[erkara yang berkaitan melawan ketentuan alam, tetapi sesuai dengan identitinya yang khas. Kebiasaannya mengikut kesesuaian fenomena yang berlaku tanpa disertai kekuatan psikologi.
Kelemahan ini disedari oleh Ibnu Sina, melalui penulisan yang berikutnya seperti buku Al-Syifa dan Al-Isyarat, pendapat tersebut dimasukkan dan dijelaskan secara sepintas lalu sahaja. Kali ini penulisan beliau berfokuskan kepada pandangan berdasarkan pemikiran dan jiwa.

2. Dalil Aku dan kesatuan tanda-tanda kejiwaan
Menurut Ibnu Sina, apabila seseorang memperkatakan tentang dirinya atau mengajak berbual dengan orang lain. Hal ini dikatakan sebagai jiwanya tetapi bukan badannya. Contohnya, jika ketika kita menyatakan “saya keluar” atau “Saya tidur”, bukannya pergerakan anggota yang dimaksudkan tetapi berkenaan hakikat pada diri pribadi kita.

3. Dalil kelangsungan
Pendapat ini menjelaskan bahawa apa yang kita nikmati sekarang bermula dari kejadian masa sebelumnya. Dan menentukan keadaan masa depan. Pendapat Ibnu sina menceritakan bahawa, kehidupan kita pada pagi ada hubungannya dengan kehidupan yang lampau. Jika kita mengalami perubahan, maka gerakan dan perubahan-perubahan tersebut mempunyai pertalian antara satu sama lain dan umpama berangkai. Ianya akan berputar-putar berpandu pada titik tarik yang tetap.

Menurut Ibnu Sina juga menyakan Dalil kelangsungan membuka cirri kehidupan fikiran paling khas dan mencerminkan penyelidikan dan perbahasan yang mendalam, bahkan mendahului masa berabad kerana pendapatnya ini telah diamalkan oleh Ilmu Jiwa moden dan mendekati tokoh-tokoh pemikir masa kini.

4. Dalil Orang terbang atau bergantung di udara (terawang-awangan)
Dalil ini adalah dalil yang terindah dari Ibnu sina dan jelas menunjukkan daya kreativitinya. Walaupun dalil ini seoerti pandangan berdasarkan khayalan, tetapi tidak melemahkan untuk membentuk keyakinan. Antara yang dijelaskan dalam dalil ini seperti berikut: “ Andaikata ada seseorang yang mempunyai kekutan yang penuh, baik akal mahupun jasmani, kemudian ia menutup matanya sehingga tidak dapat melihat sama sekali apa yang berlaku di sekelilingnya, kemudian dia diletakkan di udara atau dalam kekosongan, sehingga dia tidak merasakan sesuatu sentuhan atau pemberontakan, anggota badannya disusun sehinga tiada sentuhan apa-apa pada permukaan. Namun orang tersebut tiada keraguan tentang dirinya, walaupun ianya sukar menetapkan kewujudan salah satu anggota badannya, focus pemikirannya hanya satu iaitu ‘jiwa’.
Dalil ini sama seperti dalil ‘descartes’, berdasarkan satu hipotesis, bahawa penegtahuan yang berbeza haruslah ada perkara-perkara yang berbeza. Seseorang dapat melepaskan dirinya dari segala sesuatu kecuali jiwanya yang menjadi intipati keperibadiannya. Jika kebenaran dalam ala mini kita ketahui dengan adanya perantara, biasanya kebenaran yang kita ketahui dengan langsung iaitu jiwa. Kita tidak akan boleh meragukan tentang kewujudannya walaupun seketika.




Allah Maha Cahaya