Jumaat, Januari 25

Umrah zuhud


Umrah zuhud mengharap kasih redho illahi Allahurob'bi. Berlapang dada ikhtiar usaha di iringi doa agar di takdirkan Allah SWT jadi tetamunya, Insyaa Allah. Mungkin dengan zuhud elak atau tidak membazir wang dari berbelanja perkara-perkara yang tidak berfaedah. Tumpuan atau fokus rezeki yang di perolehi di belanjakan bermunafaat seperti untuk ke Tanah Suci bagi melaksanakan ibadah haji atau umrah.
Kos atau perbelanjaan khususnya untuk melaksanakan Ibadah Umrah agak murah, bermula dari RM 5 ribu atau mengikut kemampuan kewangan anda serta masa yang sesuai. Namun berhati-hati dalam memilih syarikat pengendali umrah, elak dari hadapi masalah dan pastikan syarikat yang berlesen serta berdaftar dengan pihak kerajaan. 
Pengalaman saya beberapa kali laksanakan Ibadah Umrah mungkin boleh di kongsikan khususnya bagi yang belum pernah ke Makkah/Madinah. Jika hanya tertarik pada tawaran atau kenyataan yang 'mengelirukan' oleh mana-mana individu atau agen, mungkin mendedahkan pada masalah. Ikhtiar, usaha dapatkan pelbagai ilmu mengenai Ibadah Umrah, dapatkan info serta maklumat syarikat pengendali umrah yang ingin di sertai dan akhirnya berdoalah semoga di permudahkan perjalanan bagi melaksanakan Ibadah Umrah. ~ Haji Nadzri Mohamad 0132552000