Rabu, Januari 26

Enam Pertanyaan Imam Ghazali

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya 6 pertanyaan beerikut:
1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia ?
3. Apakah yang paling besar di dunia ?
4. Apakah yang paling berat di dunia ?
5. Apakah yang paling ringan di dunia ?
6. Apakah yang paling tajam di dunia ?
PERTAMA :

Beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'MATI'.

Firman Alah s.w.t yang bermaksud :
“ Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” [ QS Ali 'Imran : 185]

KEDUA :
Beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'MASA LALU'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA :
Beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'NAFSU'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam.

Firman Alah s.w.t yang bermaksud :
“ Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai ”.[QS AlA’raf : 179]

KEEMPAT :
Beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia, lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'MENANGGUNG AMANAH'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA :
Beliau bertanya tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'MENINGGALKAN SEMBAYANG' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

Firman Alah s.w.t yang bermaksud :
“ Maka dirikanlan solat. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin “. [QS.An-Nisa : 103]

KEENAM :
Beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah'LIDAH MANUSIA' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.



SuratanAtauKebetulan

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudahada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datanglagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S." Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.

Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu,tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A.telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


keagunganTuhan

Selasa, Januari 25

Hikmah Ibnu Athaillah

لَماَّ عَلِمَ الْحَقُّ مِنْكَ وُجُوْدَ الْمَلَلِ لَوَّنَ لَكَ الطاَّعاَتِ ، وَعَلِمَ ماَ فِيْكَ مِنْ وُجُوْدِ الشَّرَهِ فَحَجَرَهاَ عَلَيْكَ فِي بَعْضِ اْلأَوْقاَتِ ، لِيَكُوْنَ هَمُّكَ إِقاَمَةَ الصَّلاَةِ لاَ وُجُوْدَ الصَّلاَةِ ، فَماَ كُلُّ مُصَلٍّ مُقِيْمٌ
“Karena Allah mengetahui bahwa engkau mudah jemu, maka Dia membuat bermacam-macam cara taat untukmu. Dan karena Allah mengetahui bahwa engkau pun rakus, maka Dia membatasinya pada waktu-waktu tertentu, agar perhatianmu tertuju pada kesempurnaan shalat, bukan pada adanya shalat, karena tidak semua orang yang shalat dapat menyempurnakannya.”
Allah kenal betul dengan makhluk yang Dia ciptakan. Dia sangat mengetahui bahwa manusia biasanya mudah rasai kebosanan. Emosinya kadangkala naik dan turun dengan tiba2, Contohnya, orang Arab. Mereka boleh menumpahkan darah hanya karena perkara yang remeh, seperti dalam kisah perang Basyusy yang terkenal. Begitulah watak orang Arab kalau tidak dikekang dengan tali agama. Umar bin Khattab ra. berkata, “Aku dulu adalah orang yang kasar dan berhati keras. Kalau tidak ada Islam, tidak ada Umar.” Bangsa Arab 15 abad yang lalu kalau boleh dihitung ada beberapa peringkat. Beberapa tahun kemudian setelah Nabi Saw. diutus bangsa Arab menjadi nombor satu. Karena Allah memuliakannya dengan Islam.
Allah Azza wa Jalla mengetahui adanya sifat malas pada diri hamba. Karena itu Dia memberikan aneka warna ketaatan; ada shalat, ada zakat, ada haji, ada puasa, ada shalat malam, ada menjenguk orang sakit, ada mengiringi janazah, ada membahagiakan orang Muslim, ada menghadiri walimah, ada aqiqah, dan lain sebagainya. Andaikata ketaatan hanya berwujud shalat, manusia pasti bosan melaksanakan shalat. Andai semuanya adalah zakat, manusia juga pasti akan bosan. Jikalau dalam satu tahun hanya puasa, manusia pasti bosan juga. Akan tetapi Allah menjadikan puasa hanya satu bulan hingga orang-orang bisa bersiap-siap sebelumnya dan setelahnya orang-orang dapat memetik buahnya. Matahari sendiri terbenam saat Maghrib, dan pada keesokan harinya terbit kembali. Andaikata ia terus bersinar terang di langit selama 24 jam, manusia pasti akan sengsara. Air apabila diam di satu tempat dan tidak mengalir lama kelamaan pasti bau dan tidak berguna. Gerakan kehidupan merupakan anugerah Tuhan untuk kita, juga aneka ragam ketaatan. Untuk apa? Allah memberikan kita aneka warna ketaatan agar kita tidak bosan dan bisa berpikir.
“Dan karena Allah mengetahui bahwa engkau pun rakus, maka Dia membatasinya pada waktu-waktu tertentu.” Allah Swt. melarang kita melakukan shalat setelah Subuh hingga matahari meninggi sekitar 2 tombak. Ini adalah waktu di mana para penyembah matahari melakukan ritual. Allah mencegah kita melakukan shalat dari setelah Ashar hingga tiba waktu Maghrib. Ini juga termasuk kepemurahan Allah terhadap kita. Allah Swt. juga melarang kita berpuasa pada Hari Raya. Karena Dia mengetahui kerakusan kita, Dia melarang kita melakukan ibadah pada waktu-waktu tertentu, supaya kita boleh memperbaharui semangat dan niat kita. Tujuannya adalah supaya ada kesempurnaan shalat, bukan hanya sekedar adanya shalat. Pokoknya terdapat pada intisari ibadah, pada rahsia ibadah, pada hasil ibadah, atau pada apa yang diperoleh dari ibadah tersebut.
Tujuan shalat adalah untuk mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Orang yang shalatnya mampu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, shalatnya tidak mengandung kebaikan. Jadi, tidak setiap orang yang mengerjakan shalat itu menunaikan shalat dengan benar. Allah Swt. berfirman, “Sesungguhnya Aku menerima shalat orang yang tunduk pada keagungan-Ku, tidak mencemarkan kehormatan makhluk-Ku, tidak terus menerus bermaksiat kepada-Ku, mengasihi janda, orang miskin, dan anak yatim. Orang ini akan Aku lindungi dengan pertolongan-Ku, dan Aku akan menyuruh malaikat-Ku untuk menjaganya. Dia di antara para hamba-Ku bagaikan Firdaus di surga.” Jadi, tidak semua orang yang mengerjakan shalat itu shalatnya berfaedah. Orang yang tidak tunduk dan takabur shalatnya tidak diterima. Orang yang bersengketa dengan saudaranya shalatnya tidak diterima. Orang yang mempersulit kaum muslimin shalatnya tidak diterima. Orang yang tidak mengasihi janda, orang miskin, dan anak yatim shalatnya tidak diterima. Bagaimana shalatnya boleh diterima sedangkan dia menyakiti hamba Allah dan melampaui batas ketentuan Allah? Allah membuat beraneka ragam ibadah ini karena belas kasih-Nya terhadap orang mukmin. Sebab yang dituju adalah kesempurnaan shalat, bukan adanya shalat. Tidak semua orang yang mengerjakan shalat itu dapat menyempurnakannya. Apabila Allah menginginkan kebaikan seorang hamba, setelah Dia membuat aneka ragam ibadah, Dia memasukkan rasa cinta terhadap ibadah ini pada hati hamba. Hingga Rasulullah Saw. bersabda, “Arihna biha, ya Bilal. (Gembirakanlah kami dengan shalat, wahai Bilal.”, bukan, “Arihna minha (Jauhkanlah kami darinya).” Kenapa? Karena beliau bersabda, “Dijadikan penyejuk hatiku ada dalam shalat. Namun aku mendengar tangisan bayi, hingga aku khawatir ibunya akan tergoda dalam shalat. Aku pun meringankan shalatku padahal penyejuk hatiku ada dalam shalat.” Manusia agung ini mengerjakan shalat hingga kakinya bengkak, hingga kaki beliau saling bertumpu satu sama lain karena lelah. Bahkan Allah Swt. berfirman, “Thaha. Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah).” )QS 20:1-3). Itu karena beliau mendapati kesenangannya ada dalam shalat. Beliau mendapati dirinya dalam kebersamaan dengan Allah.
Ibnu Atha’ berkata, “Karena Allah mengetahui bahwa engkau mudah jemu, maka Dia membuat bermacam-macam cara taat untukmu. Dan karena Allah mengetahui bahwa engkau pun rakus, maka Dia membatasinya pada waktu-waktu tertentu, agar perhatianmu tertuju pada kesempurnaan shalat, bukan pada adanya shalat, karena tidak semua orang yang shalat dapat menyempurnakannya.” Tidak semua orang yang mengerjakan shalat boleh dikatakan mendirikan shalat, atau mengerjakan shalat dengan sempurna. Mungkin ia hanya menggugurkan kewajiban. Sedangkan pahala shalat, kandungan shalat, buah shalat, faedah shalat yang dia rasakan, fenomena-fenomena ibadah inilah yang harus direnungkan oleh orang-orang yang memiliki nurani. Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dari golongan mereka. Mudahkanlah bagi kami dan kaum muslimin menjalani ketaatan. Jadikanlah al-Quran sebagai penyejuk hati kami dan penghilang kesedihan kami. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
"DIRIKANLAH SOLAT, SEBELUM DIRI SENDIRI DI SOLATKAN"




cleopatraStratanZunea

Pelihara maruah diri

MARUAH dan harga diri mesti dijaga dalam kehidupan setiap Muslim. Tanpa maruah dan harga diri, seseorang itu akan mudah terjebak ke kancah maksiat atau terjerumus ke lembah kehinaan

Justeru, dalam kehidupan orang Melayu akhlaknya berteraskan kepada ajaran Islam. Melalui didikan akhlak seseorang itu akan dapat menjaga maruah dan harga dirinya. Selain itu, sifat malu menjadi separuh daripada iman yang membentengi akhlak dan maruah dirinya.

Dalam Islam maruah lebih menjurus kepada keimanan. Orang yang beriman akan sentiasa menjaga maruah dan harga dirinya. Oleh itu, elakkan daripada perbuatan tingkah laku yang rendah dan akhlak tercela. Setiap Muslim diingatkan supaya menghindari melakukan perbuatan dosa dan tingkah laku yang memalukan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Iaitu, mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji, kecuali kesalahan-kesalahan kecil. Sungguh Tuhanmu Maha luas ampunan-Nya. Dia mengetahui tentang kamu, sejak Dia menjadikan kamu daripada tanah lalu ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang yang bertakwa.” (Surah An-Nam: 32) Sebagai umat Islam yang berakhlak mereka akan sentiasa menjaga maruah dan harga diri dengan menghindari perbuatan yang boleh merosakkan akhlaknya. Allah memberi peringatan yang jelas melalui firman-Nya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta dipertanggungjawabkan.” (Surah Al’Isra’: 36) Peringatan dan ingatan ini hendaklah dijadikan panduan dalam kehidupan yang penuh cabaran ini. Kehidupan pada akhir zaman memang banyak dugaan kepada setiap orang. Hanya keimanan dan akhlak yang baik akan menjaga hati dan dirinya tidak terjebak kepada perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah dan harga diri.

Dalam menjaga maruah diri, jangan letak diri kita di tempat yang bukan tempatnya. Hindari daripada bercampur-gaul dengan orang yang berakhlak buruk dan orang yang tidak pernah bosan mencaci, memfitnah dan mengumpat orang lain.

Jadilah Muslim yang mempunyai akhlak tinggi dan terpuji, jangan menjadi hamba kepada perut dan hamba kepada nafsu sendiri. Miskin harta bukanlah suatu kecacatan atau kelemahan. Tetapi kecacatan dan kelemahan yang sebenarnya adalah kerana ketiadaan maruah diri. Seseorang itu akan dipuji kerana keelokan perangainya bukan kerana kecantikan dan kekayaannya.

Jagalah maruah dan harga diri daripada menjadi orang yang meminta-minta tanpa berusaha terlebih dulu. Seseorang yang sihat, mampu dan bertanggungjawab mencari rezeki untuk diri dan keluarganya. Jika membantu orang lain yang dalam kesusahan, jangan jadikan bantuan itu jalan untuk menghina serta merendahkan dirinya.

Orang yang beriman juga memiliki sifat terpuji memaafkan orang yang pernah menganiayai dirinya pada ketika dia dapat membalasnya. Amat terpuji orang yang berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat jahat kepada anda walaupun anda lebih kuat daripadanya untuk membalas kejahatannya.

Sentiasa berkata benar dan tegas sebagai tanda sifat terpuji walaupun dalam keadaan miskin dan papa. Mendidik diri dengan sifat mulia mestilah dimulai dalam diri sendiri. Seseorang yang mempunyai maruah dan harga diri akan sentiasa berpegang kepada kebenaran dalam hidupnya.
Sebahagian daripada kemuliaan diri, selalulah bermuka manis, bersopan santun dan berpakaian kemas dalam pergaulan. Sifat-sifat ini juga sebagai petanda orang yang bermaruah dan mempunyai harga diri. Elakkan daripada mengeluarkan perkataan kotor serta memfitnah orang lain.

Ingatlah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Orang beriman dengan orang beriman yang lain adalah seperti satu bangunan, antara satu sama lain saling menguatkan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Seseorang yang beriman sentiasa menjaga maruah dan harga dirinya. Selain itu, sentiasa menjaga keluarga, agama, bangsa dan tanah airnya daripada dihina dan dijajah. Bimbingan dan didikan akidah, ibadah dan akhlak mestilah dilakukan sejak seseorang itu masih kecil dan berterusan hingga dewasa.

Keimanan dan akhlak mendapat kedudukan yang tinggi dalam Islam. Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Ini jelas daripada sabda Nabi yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Ahmad) Menurut Imam al-Ghazali, manusia itu ibarat sebatang pokok dengan akarnya ialah akidah, batangnya (kefarduan), daun-daunnya (amalan sunat), maka buah atau batangnya itulah yang dikatakan akhlak.

Sebab itulah manusia yang berakhlak dalam Islam dianggap orang yang menyempurnakan agama kerana akhlak melambangkan keindahan Islam. Daripada Abdullah ibn Umar r.a, katanya, Nabi bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik akhlaknya.

Tumpuan, pengajaran dan pembelajaran di sekolah juga memfokuskan kepada akhlak yang baik dan sempurna dapat ditanamkan dalam pemikiran, hati dan diri pelajar seterusnya menjauhkan mereka daripada akhlak keji yang menjatuhkan maruah dan harga diri.




Azab Illahi

Bersihkan hati


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya.Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.

Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. "Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci..!!




Sifat Mahmudah