Ahad, Jun 6

Tips Mengatasi Panas Baran

TIPS Mengatasi Pasangan Panas Baran.

Anda seorang panas baran? Atau mempunyai pasangan panas baran? Secara amnya, aku mengaku yang aku juga seorang yang panas baran. Namun dalam kategori boleh dikawal. Pernah satu ketika aku diperlekeh oleh sebilangan rakan dengan kata-kata; “Panas baran macam ni… sapa lah yang nak kawin dengan nko agaknye..” Hehehe.. alhamdulillah… dah kawin pon aku.

Baiklah, tanpa membuang masa, ini adalah tips dari aku dan isteri tercinta dalam mengangani masalah panas baran (aku lah tuh). Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi sedikit tips kepada kamu yang berhadapan dengan masalah ini. Jangan terburu-buru buat keputusan ye.. mari kita tengok dulu.

TIPS Mengatasi Pasangan Panas Baran.

Beri Masa, ingat ALLAH,Istighfar,selawat...
tenang kan diri – Selalunya orang tengah marah ni, dia suka membebel. jadi kepada kamu yang berhadapan dengan masalah sedemikian, sila bagi masa kepada pasangan atau rakan kamu yang dirasuk hantu tu untuk melepaskan kemarahannya. Memang aku akui, pada masa tersebut kata-katanya amat pedih, dan kamu pulak meluap-luap nak jawab. Eh… sabor.. kang ade pinggan mangkok tak pon kerusi meja yang terbang plak.

Jangan Melawan ingat ALLAH,Istighfar,selawat...tenang kan diri , - Kalau melawan, memang kamu telah memburukkan keadaan. Sabar lah.. bagi la dia cakap apa yang dia nak cakap dulu. Kalau kita potong cakap dia… lagi la dia naik hangin. Karang… dah lenguh mulut tuh membebel.. senyap la dia tuh~

Jangan Memaling muka atau menjauhkan diriingat ALLAH,Istighfar,selawat...tenang kan diri , - Sesetengah pasangan akan berasa takut bila pasangan dia naik angin. Mungkin risau dicedera atau di pukul. Aku selalu berpesan kepada Isterti tercinta, kalau aku naik hantu…. sila jangan jauhkan diri. Pandang muka dia yang tengah marah tuh.. meskipun mukanya mencuka dan menyinga. Sentiasa lontarkan senyuman. Orang perempuan ni ibarat air penawar untuk jiwa lelaki yang sedang terbakar. Orang yang marah ni sebenarya berkehendakkan perhatian kamu. Sila beri tumpuan apa yang dia bebelkan tuh. Mungkin ada kebenaran dan silap kita di situ.

Bersedia Bertindak ingat ALLAH,Istighfar,selawat...tenang kan diri , – Orang tengah marah atau naik hantu ni mempunyai perangai yang tidak terjangka. Apa yang anda boleh buat ketika ini, cuba tanya sama ada dia haus atau lapar… mungkin itu salah satu faktor punca kemarahan. Jadi tunggu apa lagi? Pergi la buat air tuh…!!! hahaha… *tak reti-reti la nkorang neh~*

Mengaku kesalahan ingat ALLAH,Istighfar,selawat...tenang kan diri , – Kalau kita tak salah…. takkan la tiba-tiba jer pasangan kita tuh nak marah kan? Melainkan dia dah sewel. Mesti ada perkara yang buatkan dia marah atau meradang. Selalunya sebelum tercetus kemarahan… mesti dia bebel dulu kan? Jadi aku sarankan kepada kamu, mengaku saja apa yang dia bebelkan tuh… “Betul sayang.. saya mengaku salah… saya mintak maaf ye..” Hahh… kan senang.. dia pon terus surut marahnya…

Pada perkiraan aku, banyak lagi yang boleh ditulis dalam topik kali ini. Mungkin kamu juga ingin menambah… mari kita bincangkan. Siapa tahu idea kamu itu dapat membantu rakan kita yang sedang berhadapan dengan situasi macam ni. Lima dari saya.. selebihnya mungkin pengalaman kamu yang amat bernilai untuk perkongsian bersama.

Insyallah, everything from ALLAH, With ALLAH,To ALLAH?

Ingat kah kita?

Muslim dan Tirmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir ra. dia berkata: "Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa sahaja yang kamu mahu kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu, Muhammad saw hanya mendapat kurma yang buruk sahaja untuk mengisi perutnya!"


Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir ra. katanya bahawa: "Pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah saw seharian menanggung lapar, kerana tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya."


Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: "Aku pernah datang kepada Rasulullah saw ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: 'Ya Rasulullah saw! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?' Jawab baginda: 'Aku lapar, wahai Abu Hurairah!' Mendengar jawapan baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: 'Wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.' (Kanzul Ummal 4:41)


Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah r.ha. dia berkata: "'Demi Allah, hai anak saudaraku (Urwah anak Asma, saudara perempuan Aisyah), kami senantiasa memandang kepada anak bulan, bulan demi bulan, padahal di rumah-rumah Rasulullah Saw tidak pernah berasap.' Berkata Urwah ra: 'Wahai makcikku, jadi apalah makanan kamu?' Jawab Aisyah r.ha: 'Kurma dan air sahaja, melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah Saw dari kaum Ansar yang membawakan buat kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang mereka membawakan kami susu, maka kami minum susu itu sebagai makanan'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)


Tarmidzi memberitakan dari Masruq, katanya: "Aku pernah datang menziarahi Aisyah r.ha. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia mengeluh: 'Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah kenyang dan bila aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya!' Tanya Masruq: 'Mengapa begitu, wahai Ummul Mukminin?!' Aisyah r.ha menjawab: 'Aku teringat keadaan di mana Rasulullah saw telah meninggalkan dunia ini! Demi Allah, tidak pernah baginda kenyang dari roti, atau daging dua kali sehari'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148)


Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: "Sekali peristiwa ada orang yang membawa makanan panas kepada Rasulullah saw maka beliau pun memakannya. Selesai makan, beliau mengucapkan: 'Alhamdulillah! Inilah makanan panas yang pertama memasuki perutku sejak beberapa hari yang lalu'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)


Tirmidzi memberitakan daripada Abu Talhah ra. katanya: "Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan kepada Rasulullah Saw lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah saw pun mengangkat kainnya, lalu kami lihat pada perut baginda terikat dua batu demi dua batu." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)


Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah r.ha. dia berkata: "Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi saw ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelalah syahwatnya!" (At-Targhib Wat-Tarhib 3:420).


Muhasabah untuk sama-sama kita renungkan.

Petua Mencuci Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

Petua Mencuci Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.


5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)


7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).


8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).


10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan.


13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)


14. Berkawan dengan ulama.


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).


16. Pesan pada orang, jadi baik.


17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat


**Jangan bertangguh lagi.. Jom kita sama-sama mengamalkannya **


apa itu qanaah?

apa itu qanaah?

Menurut Prof Hamka dalam Tasawuf Moden, qana’ah ialah menerima cukup. Qana’ah didefinisikan sebagai sikap merasa cukup, ridha atau puas atas kurnia dan rezeki yang diberikan oleh Allah. Qanaah itu mengandungi lima perkara, iaitu

1. Menerima dengan rela akan apa yang ada

2. Memohonkan kepada Tuhan tambahan yang patut, dan berusaha

3. Menerima dengan sabar akan ketentuan Tuhan

4. Bertawakal kepada Tuhan

5. Tidak Tertarik oleh tipu daya dunia.

Itulah yang dinamakan qana’ah, dan itulah kekayaan yang sebenar. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ‘Bukanlah kekayaan itu lantaran banyak harta, kekayaan ialah kekayaan jiwa.’

yup, syukur dgn apa yg kita ada setelah usaha~

QANAAH

SYUKUR DALAM REZEKIMU
REDHA DALAM DUGAANMU
KEHIDUPAN TIDAK PERNAH JEMU
KEHIDUPAN TIADA JALAN PALSU

AKU SYUKURI NIKMAT
AKU SERLAHKAN HASRAT
AKU TERIMA AKIBAT
AKU PUSATKAN TEKAD

JALAN HIDUP KITA BERBEZA
BENTUK HIDUP KITA TIADA SAMA
REZEKI KITA ADA SEADANYA
HIKMAH KITA CANTIK ATURNYA

PELBAGAI DUGAAN KITA TEMPUH
PELBAGAI HALANGAN KITA REMPUH
KADANG-KADANG KITA LALU JALAN YANG AMPUH
KADANG-KADANG KITA MENITI TITI YANG RAPUH

ITU SEMUA UJIAN
ITU SEMUA HIKMAH
ADA PELBAGAI JALAN
ADA SEJALUR ARAH

KITA DIBERIKAN BANYAK PILIHAN
KITA DITUNJUKKAN PELBAGAI JALAN
HANYA KITA YANG BOLEH MENENTUKAN
BERPADA-PADA DALAM JALAN TINDAKAN

SYUKURI REZEKI YANG KITA ADA
REDHA UJIAN YANG KITA TEMPUH
WALAU DATANGNYA DENGAN PELBAGAI MEHNAH
JANGAN KITA PINGGIRKAN QANAAH

Saat KAU Ku Buang, aku yang malang.~HAKIKAT DIRI?

Saat KAU Ku Buang, aku yang malang.~HAKIKAT DIRI?

PUJUK KASIH DIBIAR
PELUK SAYANG DITOLAK
DAKAP KASIH DITEPIS
KATA SAYANG DIHERDIK

AKU SETIA PADA JANJI
AKU TETAP PADA MADAH
AKU CEKAL PADA UJI
AKU TABAH PADA DUGA

KU PUJUK DIRI
KU SABAR NANTI
KU TUNGGU JANJI
KU HARAP HATI

SEMUA CARA KU LAKUKAN
SEMUA JALAN KU REDAH
SEMUA LANGKAH KU ATUR
SEMUA HENDAK KU BERI

AKU GAGAL MENANGI HATI
AKU TEWAS PUJUK DIRI
AKU KALAH TAMBAT RASA
AKU KECUNDANG IKAT JASA

AKU ATUR LANGKAH PERGI
AKU GERAK LANGKAH MENJAUH
AKU MULA LANGKAH LALU
AKU ANGKAT LANGKAH PILU

ITU SAHAJA JALAN
ITU SAHAJA LANGKAH
ITU SAHAJA CARA
ITU SAHAJA MASA

SAAT KAU KU BUANG HATI
SAAT KAU KU LEPAS PERGI
SAAT KAU KU TOLAK JATUH
SAAT KAU KU PATAH LURUH

USAH PANGGIL LAGI RASA
USAH TARIK LAGI JIWA
SEKALI AKU TERASA
SELAMANYA AKU KECEWA

AKU SEDIH MENYESALI
AKU HILANG MENGGAGUMI
AKU CARI JIWA SEPI
AKU PUJUK LARA DIRI

YANG HILANG KEMBALI
YANG LENYAP BERDIRI
YANG NYAH DISINI
YANG UNTUNG TERPUJI

DIRI HAKIKI
DIRI SENDIRI
DIRI WUJUDI
DIRI SEBENAR2 DIRI

PANDUAN & PERINGATAN ~BERGURU?BERMURSYID?MENUNTUT ILMU?

ANDUAN & PERINGATAN UNTUK BERGURU?

SAllam buat sahabat2 yang dirahmati, dewasa ini terlalu ramai yang menyerupai " Mursyid ", jadi berhati2 untuk berguru dan perlu teliti untuk menimba ilmuan dari mereka yang bergelar guru...AWAS!

Berkata Imam al-Ghazali: “Ilmu tasauf adalah fardu ain kerana tidak sunyi seseorang itu daripada aib atau sakit batinnya melainkan para Nabi.

Maka wajiblah setiap org mencari guru, ulama al-warith al-muhammadi, atau dipanggil guru mursyid - untuk mengajarnya ilmu tasawwuf. kerana ia fardhu ain....

namun hari ini banyak fitnah, dan antara fitnah terbesar ialah tidak kenal ulama, tidak tau mana satu orang yang berilmu dan mana yang tidak.

orang yang tak kenal ulama atau orang yang berilmu ini - maka dikhuatiri mereka itu terkeluar dari ummat Muhammad.
ni lah kerugian besar sgt.

amalan bersalawat ini membawa kita ke majlis ALLAH ta'ala - maka jika kita bersungguh2 dgn nya maka ALLAH ta'ala akan membimbing kita utk mengenali manusia2 yang dikasihinya.Dan tambahan pula bersalawat itu adalah perintah ALLAH ta'ala. sambutlah perintah ini dgn kasih dan kekalkan lah bersalawat hungga ke akhir hayat.

PENDEKATA...Guru mursyid ibarat sebutir mutiara di perlimbahan,tetap bersinar dan bernilai tinggi meskipun dihina majoriti manusia. Mereka tidak terkenal di dunia tetapi amat dikenali di langit.

DAN HENDAKLAH KITA MENELITI:
1...selagi kita tak kembali kpd fitrah ALLAH yg Benar, maka segala2 nya akan hanya penipuan & kepalsuan. jika kita hanya berpura2, maka kepura2an lah hasilnya dlm hidup kita?....

2. Pesanan Imam Malik rahimullahita'ala. " TIDAK AKAN BAIK SESUATU UMAT ITU SELAGI MEREKA TIDAK MENJALANKAN SEGALA URUSAN SEPERTIMANA YG TELAH DIJALAN KAN OLEH UMAT TERDAHULU ".

3. UMAT HARI INI MENJADI ROSAK KERANA TELAH MENINGGALKAN AL QURAN, HANYA SEMATA2 MENGAMBIL UGAMA PADA HUKUM YG DIGEMARI & BERKEPENTINGAN SHJ.

4. MENILAI & MENAFSIR SESUATU TIDAK MENGIKUT KEFAHAMAN DARI ALLAH ATAU APA YG ALLAH MAHUKAN, SEBALIKNYA HANYA MENGIKUT KEHENDAK & KEMAHUAN SENDIRI?

5. i. IMAN & AQIDAH MEREKA SUDAH TERLUCUT DGN SECARA TIDAK SENGAJA & TANPA DISEDARI KERANA TELAH TIDAK MENJAGA NIAT,LISAN,PERBUATAN. TETAPI TIDAK BERTAUBAT BERSUNGGUH2 KPD ALLAH & HANYA MENYANGKA BAHAWA ALLAH MAHA LUAS PENGAMPUNAN NYA TANPA DIA MEMOHON AMPUN & MEMOHON KEMAAFAN & KEAMPUNAN DARI ALLAH?

ii. SUDAH BERKALI2 SYIRIK KPD ALLAH, BERKALI2 BERULANG2 TAUBAT PD ALLAH, KEMUDIAN KEMBALI SYIRIK SEHINGGA SEPERTI MAIN2 & BUKAN BERSUNGGUH2?

6. BERGURU DGN BUKU~ RAMAI GURU TETAPI TIADA YG MURSYID, KERANA GURU & ILMU TERBAHAGI KEPADA MEREKA YG BENAR2 JELAS TENTANG ZAHIR BATIN, AWAL AKHIR & JELAS MEMAHAMI DIANTARA SYARIAT,TARIKAT,HAKIKAT,MA
'RIFAT NYA & BELIAU SENDIRI TELAH MELALUI SEMUA JALAN2 MUJAHADAH & TELAH SAMPAI & DIIKTIRAF OLEH ALLAH BUKAN TAKAT TEORI ,MALAH PRAKTIKAL DGN JELAS. MURSYID YG MAU KITA BERGURUKAN JUGA WAJIB SEMPURNA ILMU TEORI & PRAKTIKALNYA, TIDAK HANYA BERTEORI SEMATA2 ATAU MENYAMAR, ATAU BERPURA2 MENGAKU SEBAGAI MURSYID SEDANGKAN TIDAK SELESAI PELAJARAN ILMU YG DI LALUI MALAH BERPURA2 KERANA INGIN MENCAPAI MATLAMAT KEDUNIAAN ,KAYA,JUTAWAN, HARTA, BERMEGAH2 & CINTA DUNIA SEMATA2 TANPA KEIKHLASAN KERANA PASTI MURID NYA AKAN SESAT & GURU NYA AKAN DILAKNAT & DIBINASA KAN ALLAH DI DUNIA & AKHIRAT KERANA KEPALSUAN.

YG LEBIH UTAMA SULUH LAH GURU & MURSYID ITU DARI SEGI AKHLAK & TASAWUFNYA IAITU WAJIB LAH DIA SEORG MURSYID YG KEKAL SENTIASA BERSIH HATI NYA DRP HASAD,DENGKI,KHIANAT,LOBA,TAMAK,RIAK,TAKBUR...SEKIRANYA ADA MAKA TERMASUK LAH ORG YG MENGAKU GURU ITU SEBAGAI WALI IBLIS. KERANA WALAU HEBAT MANA PUN SESEORG ITU PETAH BERKATA2 TETAP LAH IA DI LAKNAT ALLAH?

7. APABILA HENDAK BERGURU, SUDAH & TELAH MEMOHON RESTU & BERISTIKHARAH MERUJUK PADA ALLAH SEHINGGA JELAS MENDAPAT TANDA2 JAWAPAN DARI ALLAH, AGAR BERKAT, RAHMAT, KEREDHAAN ILMU YG DIPELAJARI DIDUNIA & AKHIRAT BERKEKALAN KERANA TALIAN ILMU DARI GURU & GURU PADA GURU SEPERTIMANA TALI YG TIDAK PUTUS & SAMPAI KEPADA SAHABAT NABI, NABI, JIBRAIL & SAMPAI KEPADA ALLAH SWT DGN JELAS. MENJAGA ADAB, AKHLAK & KEBERSIHAN HATI DIANTARA MURID,GURU YG MURSHID, & YG PALING PENTING KPD ALLAH & SENTIASA MENGAWASI & MEMELIHARA SEGALA PERKARA NIAT, PERBUATAN, PERKATAAN AGAR DITERIMA ALLAH.

Tasawuf, Mutiara yang Mulai Diingat Lagi~Rujukan sebagai ilmu.

Tasawuf, Mutiara yang Mulai Diingat Lagi

Oleh Abdul Hadi W. M.


Jangan bangun rumahmu di tanah orang lain
Bekerjalah demi cita-citamu sendiri yang sejati di dunia ini

Jangan sampai kau terjerat oleh bujukan orang asing

Siapa orang asing itu kecuali hawa nafsumu?

Dialah sumber bencana dan kepiluanmu

Selama cuma tubuh yang kaurawat dan kaumanjakan

Tidak akan subur jiwamu, tidak akan pula teguh

Ini hanya sebutir dari demikian banyak mutiara hikmah yang ditinggalkan para Sufi dalam gudang perbendaharaan mereka dan masih banyak lagi yang tersembunyi dari kita. Hikmah yang dikutip di atas ialah satu bait dari sajak Jalaluddin Rumi (1207-1273 M) sufi dan penyair besar dari Persia. Sajak itu ditulis ketika umat Islam berada dalam chaos dan disintegrasi besar-besaran, mirip dengan yang kita alami sekarang, sebagai akibat dari serbuan Perang Salib II di sebelah barat (tanah Arab) dan penaklukkan tentara Mongol di sebelah timur (Persia, Asia Tengah). Untaian di atas dipetik dari karya agung sang Sufi Matsnawi, yang oleh para sarjana sastra Islam digelari sebagai Tafsir Qur`an dalam bahasa Persia yang paling bernilai sastra.

Menurut Peter Avery (1978) karya Rumi itu ditulis dengan tujuan "memperteguh kembali jiwa masyarakat Muslim yang koyak-moyak akibat pembantaian dan penjarahan besar-besaran tentara Mongol, yang menyebarluaskan pesimisme dan membuat orang Islam hilang rasa percaya diri terhadap kekuatan terpendam drinya dan agama yang dianutnya." Namun sayang sekali setelah melalui perjalanan waktu panjang dan ratusan pergolakan internal yang melelahkan, termasuk sengketa khilafiyah yang berlarut-larut, mutiara hikmah seperti itu pada akhirnya terkubur dari ingatan banyak orang Islam. Begitu pula tujuan positif tasawuf kian dilupakan, sedangkan yang sampai kepada kita kebanyakan ialah pengertian yang dangkal dan lebih banyak keliru atau dikelirukan.

Kini minat terhadap tasawuf dan sastranya bangkit kembali secara menggembirakan di kalangan terpelajar Islam. Kata-kata Rumi di atas niscaya dapat memulihkan pemahaman positif kita terhadap tasawuf. Dengan indahnya sang Sufi menggolongkan hawa nafsu sebagai barisan orang asing yang cerdik dan pandai memperdaya kita. Ini menyadarkan kita bahwa, sebagaimana cita-cita dan ideologi asing, hawa nafsu sebenarnya bukanlah diri kita yang sejati. Dalam kitabnya itu Rumi melukiskan lebih jauh hawa nafsu:

Hawa nafsumu adalah ibu segenap berhala:
Berhala benda ialah ular, berhala jiwa adalah naga.

Menghancurkan berhala itu mudah, namun menganggap mudah

Mengalahkan nafsu adalah tolol.

Anakku, jika bentuk nafsu ingin kaukenali, bacalah uraian tentang

Neraka dengan tujuh pintunya

Dari hawa nafsu setiap saat bermunculan tipu muslihat;

Dan dari setiap tipu muslihat seratus Fir'aun dan balatentaranya terjerumus.

Para Sufi menuturkan hikmah dalam berbagai bentuk pengucapan sastra. Bukan hanya dalam bentuk prosa seperti risalah atau khitabah. Bentuk penuturan estetik yang dipilih antara lain kisah perumpamaan (alegori), epik kerohanian, adab, cerita berbingkai,humor, sajak-sajak pujian (diwan, qasidah), sajak-sajak cinta mistikal (ghazal), satire atau sindirian (hija`), dan lain sebagainya. Karya-karya mereka relevan dibaca kembali untuk membenarkan pemahaman kita, yang terlanjur keliru dan menyesatkan serta ahistoris tentang tasawuf.. Contohnya saja di Barat. Di sana ahli tasawuf atau Sufi lebih dikenal sebagai sekelompok penari yang gemar akan ekstase dan sehari-hari kerjanya hanya demikian. Gambaran seperti itu antara lain dijumpai dalam buku James Morier Haji Baba of Ispahan. Di negeri kita sendiri kegiatan kaum Sufi dan ahli tarekat sering dikaitkan dengan praktek pedukunan, klenik, paranormal atau nujum. Padahal bukan itu tasawuf yang sebenarnya.

Tasawuf sering pula dipandang sebagai sumber kemunduran Islam, suatu kesimpulan yang naif dan tidak didasarkan argumentasi yang jelas. Dalam kenyataan faktor-faktor yang menyebabkan kemunduran Islam sangat kompleks dan saling menjalin satu dengan yang lain. Di antara faktor-faktor itu termasuk faktor budaya, politik dan ekonomi. Tasawuf sendiri sebagai gerakan keagamaan mengambil corak beragam, ada yang aktif dan militan, ada yang memang pasif dan eskapis. Ada yang mengambil bentuk gerakan Tarekat, ada yang mengambil bentuk Falsafah dan gerakan Budaya. Dan adalah tidak adil apabila kita melupakan sumbangan besar mereka dalam penyebaran agama Islam, khususnya di di negeri-negeri Islam bagian timur.

Pun tidak adil melupakan sumbangan yang mereka di bidang seni, bahasa, sastra, kebahasaan, arsitektur dan berbagai kepakaran;. Besarnys umbangan itu tercermin dalam kemasyhuran nama tokoh-tokohnya dan penerimaan luas masyarakat Muslim terhadap pemikiran dan kiprah mereka dalam bidang spiritulitas. Di antara tokoh-tokoh masyhur yang menghiasi lembaran sejarah kebudayaan dan peradaban Islam ialah Mansur al-Hallaj, al-Ghazali, al-Qusyairi, Ibn al-'Arabi, Ibn Sina, Omar Khayyam, Atar, Rumi, Jami', Mulla Sa'di, Hafizh, Suhrawardi, Ghalib, Hamzah Fansuri, Mohammad Iqbal dan lain-lain. Sufi dikenal dengan banyak nama: darwisy, `urafa (ilmunya disebut irfan) atau ahli suluk, seperti dikenal di Jawa dan Madura. Sekalipun gerakan mereka sering dituduh menyimpang dari agama, terutama oleh ulama fiqih dan modernis, namun mereka tetap tegar dalam keyakinan mereka dan pengaruh ajaran mereka tidak menyebabkan eksistensi keberadaan masyarakat Muslim terganggu selama beberapa abad. Para Sufi bahkan aktif memimpin gerakan jihad, misalnya menentang kolonialisme pada masa penjajahan. Mereka juga sering muncul sebagai pemimpin gerakan pembaharu. Syekh Junaid al-Baghdadi mengatakan : "Sistem tasawuf kami terikat pada Islam, al-Qur'an dan Sunnah Rasul."

Tasawuf juga kerap dihubungkan dengan ajaran Budha dan Vedanta, Neo-Platonisme dan asketisme Kristen. Memang kebenaran yang mereka ajarkan ada banyak mirip dengan ajaran-ajaran di atas. Namun kemiripan itu sering terjadi karena pada hakekatnya ajaran mistisisme di mana-mana memiliki kemiripan. Pengalaman mistikal sendiri bersifat universal, namun bagaimana cara menyampaikannya perlu perangkat agama dan teks keagamaan. Namun akar dan sumber ajaran Sufi ialah al-Qur'an. Islam sendiri sebagai al-din tidak pernah mengaku sebagai ajaran yang benar-benar baru. Begitu pula para Sufi tidak pernah mengklaim bahwa ajaran kerohanian benar-benar baru dan sama sekali berbeda dari bentuk-bentuk spiritualitas lain. Malahan Sufi terkemuka, Ibn al-Arabi yang digelari Syekh al-Akbar, menuturkan:

Benih tasawuf telah ditanam pada zaman Nabi Adam.

Itulah mukjizat kehidupan, kemaujudan.

Di masa Nabi Nuh mulai bertunas.

Itulah mukjizat pertumbuhan, penyelamatan

Di masa Nabi Ibrahim dahan-dahannya bercabang.

Itulah mukjizat kemekaran dan pemeliharaan

Zaman Nabi Musa menyaksikan buah muncul.

Itulah mukjizat keranuman dan pembuahan

Zaman Nabi Isa buah-buahan itu mulai masak.

Itulah mukjizat puasa dan keriangan jiwa.

Zaman Nabi Muhammad kita menyaksikan

Anggur bening hasil perahan dan penyaringan.

Itulah mukjizat pencapaian dan perubahan bentuk.

Sufi sejati, seperti dituturkan tokohnya, adalah "Kalbu yang bening, bukan baju kumal dan nafsu liar." Tujuan Sufi ialah mencapai pengetahuan yang benar dan pasti tentang Tuhan dan diri. Dan itu dicapai melalui penyucian jiwa, pemurnian pikiran dan kalbu, yang semuanya disebut jalan Cinta.
Apabila orang modern kerap berkata bahwa keadaan tergantung pada orangnya, maka Sufi mengatakan bahwa keadaan seseorang sangat ditentukan oleh pengetahuan yang dicapainya. Pengetahuan bermacam-macam. Ada yang didapat di luar diri dan ada yang dijumpai dalam diri setelah mencarinya bersusah payah.. Mencari pengetahuan bagi para sufi merupakan suatu perjalanan dan perjalanan paling indah dan memberi kebahagiaan ialah perjalanan menemukan diri dan memperoleh pengetahuan tentang hakekat segala hakekat. Tentang hal ini penyair Sufi abad ke-12 Abu Said al-Khayr menulis dalam sajak bersahaja, namun menyentuh perasaan yang dalam:

Segala perjalanan menuju Kau – indah

Segala wajah menatap wajah-Mu – indah

Segala mata memandang sinar-Mu – indah

Segala kata mengulang nama-Mu – indah

Pada baris terakhir sajaknya Abu Said al-Khayr menuturkan indahnya pengalaman spiritual yang diperoleh para Sufi dalam zikir yang tulus dan sungguh-sungguh. Penyair Sufi Turki abad ke-13 Yunus Emre juga menulis dengan nada serupa:

Air sorga mengalir cerlang

Nama Tuhan disebut berulang-ulang

Demikian nyanyi burung bulbul Islam

Menyebut asma Allah berulang-ulang

Dahan pohon Tuba bergoyang

Semua kawan membaca al-Qur`an

Mawar di taman mendesir menyebar wewangian

Menyebut asma Allah berulang-ulang

Perjalanan Sufi ialah perjalanan mencari Tuhan dan hakekat diri. Penyair Sufi terbesar Asia Tenggara Hamzah Fansuri menulis dengan ungkapan bersahaja namun indah dan dalam:

Hamzah Fansuri di dalam Mekkah

Mencari Tuhan di Baitul Ka'bah

Dari Barus ke Qudus terlalu payah

Akhirnya dijumpai di dalam rumah

Sejak dahulu hingga kini manusia tidak berhenti mencari hakekat dirinya, sebab hanya dengan mengenal diri seseorang menemukan kebahagiaan dan tidak asing dengan rumah spiritualnya. Dalam sajak itu juga dinyatakan bahwa perjalanan seorang Sufi bukan sekedar perjalanan horisontal di dunia bentuk-bentuk-bentuk, tetapi sebuah perjalanan vertikal di alam hakekat. Jalaluddin Rumi menulis bahwa sumber kebahagiaan yang disebut hakekat diri tidak dapat dijumpai apabila manusia terpaku pada bentuk-bentuk formal peribadatan:

Salib dan Kristen, pucuk ke pucuk kuperiksa

Tidak ada dia dalam salib.

Kudatangi pura Hindu, kuil pagoda

lama, tak setitik pun tanda di sana.

Ke Ka'bah dan Mekkah aku datang.

Tak pula di sana.

Kujenguk ke dalam kalbuku sendiri.

Ya di situ kulihat dia.

Tak di tempat lain ternyata kujumpa.

Para Sufi memang suka mengembara dari satu tempat ke tempat lain sejak dulu sampai kini. Mereka berjalan dengan tujuan banyak: mencari guru, kawan seperjalanan, murid yang mau mendengarkan ajarannya serta menyebarkan agama dan memperbanyak jumlah orang Islam. Pada abad ke-13 dan 14 M. dunia Islam diharu biru oleh banyak peperangan, antara lain Perang dan penaklukkan tentara Mongol. Para Sufi berhasil menyelamatkan kebudayaan dan peradaban Islam yang telah hancur berkeping-keping. Mereka pergi mencari tempat-tempat yang aman sebagai pos-pos perhentian dalam perjalanan mereka. Pos-pos perhentian ini berfungsi banyak: sebagai surau, pesantren, tempat penampungan para pengungsi dan perlindungan para pedagang. Di pos-pos perhentian inilah mereka mengkonsolidasikan kekuatan dan penyebaran dakwah Islam, menghimpun calon-calon syuhada dan ulama-ulama yang militan. Di pos-pos perhentian itu pulalah mereka mendirikan ta`ifa (organisasi dagang) bersama para saudagar, bekas tentara yang tidak aktif lagi, pengrajin, seniman, tabib, ilmuwan, pelaut, pelayar dan lain-lain.

Namun perjalanan dan pengembaraan di alam dunia hanyalah sarana untuk memulai perjalanan yang lebih tinggi. Perjalanan manusia yang sejati menurut Rumi ialah “Perjalanan dari diri ke Diri' yaitu “Dari diri yang rendah, (yaitu hawa nafsu) menuju diri yang lebih tinggi (yaitu Diri Rohani). Perjalanan seperti itu "Bagaikan perjalanan tebu mencari gula, perjalanan sebutir pasir yang menyimpang dari jalan yang lazim kemudian masuk ke dalam kerang dan kelak menjelma mutiara."

Seseorang yang telah menemukan diri akan merasa dekat dengan Yang Satu sebagaimana dikatakan Hamzah Fansuri dalam bait penutup untaian syairnya:

Hamzah Syahr Nawi zahirnya Jawi

Batinnya cahaya Ahmad yang safi

Sungguhpun ia terhina jati

`Asyiqnya da’im akan Dzat al-Bari

Orang yang berhasil mengenal secara mendalam hakekat dirinya akan memperoleh kearifan atau hikmah yang tinggi. Dia mengerti bahwa walaupun secara zahir ia dilahirkan sebagai orang Melayu, Jawa, Persia atau Afghan, namun secara batin sama, berasal dari cahaya yang suci. Atau sebagai dikatakan Baba Kuhi dari Shiraz pada abad ke-12:

Di pasar, di biara -- hanya Tuhan kulihat

Di lembah dan gunung -- hanya Tuhan kulihat

Sering ia terasa ada di sampingku

Pada saat bencana menimpa.

Dalam senang dan keberuntungan -- hanya Tuhan kulihat.

Pada waktu berdoa dan berpuasa

Pada saat sembahyang dan tafakur

Dalam agama Rasulullah -- hanya Tuhan kulihat.

Bukanlah jiwa atau tubuh, bukan kejadian atau hakekat,

Bukan sifat atau sebab yang kujumpa -- hanya Tuhan kulihat dekat.

Kubuka mata dan dengan sinar wajah-Nya

Yang menerangi kegelapan di sekelilingku

Yang terjumla mata dalam segala -- hanya Tuhan kulihat.

Pengetahuan tidak terkira banyaknya di dunia ini. Ia membentang di alam semesta dan dalam diri manusia sebagai ayat-ayat-Nya, yaitu isyarat akan keberadaan-Nya yang gaib namun nyata melalui pekerjaan dan tindakan-tindakan-Nya yang kreatif. Demikianlah Tuhan yang dilihat para Sufi itu merujuk pada kenyataan tersebut, bukan Tuhan dalam rupa lahiriyah sebagaimana rupa mahluk-mahluk di alam syahadah atau inderawi. Lagi pula dalam ayat lain al-Qur`an dikatakan bahwa “Kemana pun kau memandang akan tampak wajah Allah”. Wajah-Nya yang diisyaratkan itu pun bukan wajah lahiriyah Tuhan, melainkan penampakan sifat-sifat dan pekerjaan-Nya dalam kehidupan, baik di alam semesta maupun dalam diri manusia. Itulah sebabnya juga dikatakan dalam al-Qur`an bahwa Tuhan lebih dekat kepada manusia dibanding urat leher manusia sendiri. Maka itu benar apabila Baba Kuhi yang telah merasa haqq al-yaqin (yakin sebenar-benar yakin) mengatakan , “Sering Dia terasa ada di sampingku pada saat bencana menimpa.”

Telah dikatakan bahwa para Sufi ialah pencari Hakekat Diri yang sejati dan mereka mempercayai bahwa pengalaman makrifat bersifat pribadi. Mereka juga yakin diri dan ajaran mereka bertujuan mencapai realisasi diri dalam kehidupan yang memancarkan kebenaran ilahiyah. Walau demikian tidak berarti mereka senang memuji-muji diri, bersikap egosentris dalam tindakan dan suka mementingkan diri. Justru melalui pencariannya itu mereka ingin mencapai keadaan faqir, kehapusan diri dari kepentingan dunia yang bersifat materialistis dan egosentris.

Cara mereka menyiarkan agama jelas berbeda dari para ulama fiqih dan muballigh biasa. Mereka biasa menempuh pendekatan kultural. Mereka serap kebudayaan masyarakat setempat, kemudian dipompa dengan nilai-nilai Islam dan selanjutnya ditransformasikan menjadi bentuk kebudayaan baru. Melalui sarana seni seperti musik, sastra dan arsitektur mereka menanampkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan masyarakat. Apabila kesadaran batin masyarakat telah siap menerima ajaran Islam, maka pengajaran syariat dan fiqih diberikan secara intensif sebagai bentuk pembebasan dari formalitas kehidupan lama.

Dalam kasus ini sangat menarik apa yang dilakukan Sunan Bonang seperti dituturkan sendiri olehnya di dalam Suluk Wujil. Pada suatu hari datangla hari datanglah ke Pesantren Bonang seorang pangeran cebol dari Majapahit bernama Wujil. Bekas orang istana ini sangat haus akan kebenaran. Ia tidak puas dengan segala bentuk ajaran formal ajaran agama seperti Hindu, Buddha dan alirannya. Dia telah mengembara ke mana-mana untuk menemui para pendeta, ulama dan bhiksu. Tetapi dia tidak pernah dapat menemukan apa yang dicarinya.

Di Bonang Wujil diterima oleh Sang Wali dan dikatakannya bahwa hakekat ajaran agama Hindu yang asli sebenarnya sama dengan Islam, dan tujuan kedua agama ini sama. Tetapi di dalam agama Hindu orang perlu bertapa di gunung dan menyiksa badan untuk memperoleh kelepasan dan kesempurnaan . Sedangkan di dalam agama Islam keselamatan jiwa dapat dilakukan di tempat ramai tanpa perlu menyiksa badan. Salat lima kali sehari tidak kurang manjurnya dalam memberikan pembersihan pada jiwa. Wujil kemudian diberi pelajaran syari'at, asas-asas aqidah Islam, fiqih dan tasawuf.

Tasawuf menekankan pentingnya penyaksian kalbu dalam mencapai kebenaran. Penyaksian kalbu itulah yang disebut pengetahuan langsung. Menurut mereka pengenalan kebenaran secara formal, yang diperoleh dengan jalan mendengar atau membaca dari buku tidaklah memadai. Pengetahuan formal tidak dapat mengantarkan seseorang pada hakekat kebenaran apabila terpaku pada bentuk-bentuk formal. Syariat tidak bermakna apa-apa tanpa dihayati dengan pemahaman terhadap hakekat dan makrifat. Dorongan untuk menyampaikan keyakinannya tentang pentingnya pengetahuan langsung ini mendorong para Sufi banyak melahirkan puisi dan kisah-kisah perumpamaan yang menarik. Sebab hanya melalui bahasa simbolik dan figuratif sastra pandangan, gagasan dan pengalaman mereka dapat diungkapkan lebih hidup dibanding diuraikan dalam bentuk risalah ilmiah.

Sebutan lain untuk pengetahuan langsung ialah Cinta dan sering cinta diidentikkan dengan keimanan. Pengetahuan langsung ini dicapai apabila seseorang telah lepas dari kepentingan diri yang duniawi. Sebagaimana ditulis oleh seorang penyair Sufi, lebih kurang:

Cinta akan sempurna apabila telah tanggal dari dirinya

Yaitu menyatu dengan tujuan cinta

Tujuan cinta ialah kesatuan kehendak atau keberadaan

Bandingkan dengan apa yang dituturkan oleh seorang hukama Taois dari Cina tentang hakekat Kebenaran (haqq):

Mereka yang berkata, tidak tahu;

Mereka yang tahu, tidak berkata.

Seorang Sufi berkata pula lebih kurang:

Bilamana Rahasia-rahasia Penglihatan diajarkan kepada seseorang

Bibirnya dikatupkan menghadapi omongan tentang Kesadaran

Inti persoalan dalam sajak di atas ialah kenyataan bahwa kesadaran mistis itu pada hakekatnya dicapai melalui kesaksian kalbu dan dialami hanya dalam batin. Kebenaran yang dikandungnya sebenarnya bukanlah untuk diuraikan dengan kata-kata. Imam al-Ghazali menuturkan: "Pengetahuan ilahiyah sebegitu mendalam sehingga ia hanya diketahui oleh mereka yang memilikinya. Seorang anak tidak akan dapat memahami pengetahuan yang dicapai orang dewasa. Begitu pula seorang terpelajar dalam ilmu formal tidak akan dapat memahami pengetahuan yang dicapai ahli hakekat dan makrifat sebelum orang tersebut mencapai ilmu hakekat dan makrifat".

Pengetahuan langsung dan kesaksian batin Sufi tentang kebenaran tertinggi disebut haqq al-yaqin. Para Sufi mempercayai bahwa keyakinan yang mendalam inilah yang merupakan sumber kepastian, ketetapan hati dan iman. Berbeda dengan para filosof rasional dan ilmuwan formal yang percaya bahwa pengetahuan hanya dicapai melalui penyelidikan empiris dan pembuktian rasional, para Sufi percaya bahwa ibadah yang berdisiplin dan latihan kerohanian yang sungguh-sungguh juga merupakan sumber pengetahuan. Ini tidak berarti para Sufi menolak pentingnya pengalaman empiris dan pembuktian rasional. Menurut mereka metode empiris dan rasional sangat bermanfaat dalam kaitannya dengan pemecahan masalah-masalah kemanusiaan dan dunia. Tetapi untuk mengenal rahasia-rahasia ketuhanan dan kebahagiaan rohani manusia memerlukan pengalaman intuitif atau penyaksian kalbu serta makrifat.

Para Sufi banyak melahirkan kisah-kisah perumpamaan yang menarik. Selain karena ketajaman dan kedalamannya, kisah-kisah itu menarik karena kaya dengan humor. Walaupun kisah-kisah itu ditafsirkan bermacam-macam, namun ada gagasan sentral di dalamnya. Misalnya kisah yang populer di kalangan ahli Tarekat Chistiyah. Kisah tersebut memberi peringatan kepada kita agar waspada menyiasati perkataan seseorang yang tidak ahli dalam bidang yang diceburinya. Kisah tersebut di antaranya:

Seseorang dipercaya telah mati, dan setelah dibungkus kain kafan, hendak dimasukkan ke liang kubur, orang itu hidup kembali. 'Dia harusnya mati,' kata orang yang berkabung, sebab dia telah diumumkan mati oleh orang yang ahli. 'Tapi lihat, Anda dapat melihat saya masih hidup,' seru orang mati yang hidup kembali."

Seorang ahli hukum terkenal datang menemui kerumunan orang yang berkabung itu. 'Kini, Anda telah mendengar apa yang dikatakan oleh orang yang dikira mati, tetapi apa saudara melihat hal ini benar?"

"Dia sudah mati," ujar orang yang berkabung.

"Kuburlah dia," kata ahli hukum.

Dan begitulah orang itu pun dikubur hidup-hidup.

Sindiran lain ditujukan kepada sarjana-sarjana lulusan akademi yang menguasai banyak pengetahuan, akan tetapi asing terhadap ilmu hakekat.

Dia yang kepalanya congkak dan suka menyombongkan diri

Janganlah dikira akan mau mengenal dan memahami kebenaran

Atau ujaran ini:

Berikan uang kepada sarjana agar mereka bisa belajar lebih banyak
Namun seorang zahid jangan diberi apa pun agar tetap zahid.

Para Sufi seperti Imam al-Ghazali, Jalaluddin Rumi dan Fariduddin `Attar sering mengingatkan bahwa ahli hakekat termasuk Sufi itu bukan orang yang serba tahu.. Kepada murid-murid mereka para guru Sufi selalu mengajarkan betapa perlunya seseorang berbebuat sesuatu yang diyakini baik secara terus-menerus dengan iman, cinta dan harapan yang besar. Jadi seseorang tidak berputus asa. Rasa optimis lebih memberikan manfaat dibanding berputus asa. Kata Rumi "Siapa yang tetap mengetuk pintu akan tiba masanya pintu dibuka." Seorang Sufi lain mengatakan, "Mengapa kau bilang pintu akan terbuka? Pintu itu sebenarnya tidak pernah tertutup." Akan tetapi untuk meyakini bahwa 'pintu selalu terbuka' memerlukan proses yang panjang dan kesadaran batin yang dalam.

Para Sufi yakin bahwa kebenaran tertinggi atau hakiki tidak pernah dapat dirumuskan dalam konsep ilmiah. Pandangan serupa juga dijumpai di kalangan orang arif Hindu, Zen Buddhisme, Tao dan lain-lain. Seorang hukama Taois menyatakan, "Apa yang nampaknya benar sering merupakan distorsi atas kebenaran obyektif." Hakekat segala sesuatu menurut keyakinan mereka tidak didapat melalui pertanyaan 'Bagaimana? dan Mengapa?'

Kecuali tiak acuh pada pemilikan diri, para Sufi yakin bahwa sikap fakir atau bersahaja memiliki kekuatan yang dapat membimbing seseorang menuju pencerahan kalbu. Kisah yang bertalian dengan Syekh Utsman al-Hiri berikut ini cukup menarik:

Syekh Usman al-Hiri telah diundang makan malam oleh seorang yang jahil. Ketika syekh tiba di rumah orang itu, orang itu mengusirnya. Tetapi ketika baru beberapa langkah ia berjalan, orang itu memanggilnya lagi. Ini terjadi sampai tiga puluh kali, sampai ada orang lain muncul, terharu menyaksikan ketabahan Syekh Utsman dan kelembutannya, pada waktu dia melihat syekh itu membungkukkan badan dan minta maaf.

“Anda tidak mengerti,'“ kata al-Hiri. "Apa yang saya lakukan tak lebih dari apa yang dilakukan oleh seekor anjing yang terlatih. Ketika Anda memanggilnya, anjing itu datang. Ketika Anda mengusirnya maka ia pun pergi. Ini bukan perilaku seorang Sufi yang sejati dan tidak terlalu sukar untuk dilakukan.

Shakespeare kerap memberi peran kepada orang pandir dalam upaya mencapai pandangan yang tepat. Para Sufi kerap menggunakan kearifan dari orang gila (bahlul) untuk memperoleh kesadaran menuju kebenaran. Kegilaan, sebagaimana keindahan, berada dalam mata sang penglihat; dan kebenaran, sebagaimana lazim dipahami, ialah suatu hal yang bersifat nisbi.
Pemahaman para Sufi, sebagaimana pemahaman para mistikus sejati di Timur dan Barat, mengenai manusia dan alam semesta sering menimbulkan keheranan kita. Kita terbiasa mempercayai sains modern dengan berbagai penemuannya. Termasuk di bidang ilmu jiwa (psikologi), evolusi dan kodrat materi serta energi. Namun bukti-bukti menunjukkan bahwa konsepsi-konsepsi modern ini telah lama dikenal oleh para ahli makrifat di lingkungan agama Hindu, Budha, Kristen, Islam dan Tao. Seorang sufi masyhur menuturkan seperti berikut delapan ratus tahun yang lalu:

"Asal mulanya kau lempung. Dari mineral, kau naik jadi tumbuhan. Dari tetumbuhan, kau naik jadi hewan, dan dari hewan naik jadi manusia. Selama masa-masa penanjakan ini manusia tidak tahu ke mana ia akan pergi, tapi ia telah menempuh suatu perjalanan yang panjang. Dan kau telah menempuh ratusan dunia/alam yang berbeda-beda." (Maulana Rumi)

"Belahlah hati atom: dari tengah-tengahnya akan kau saksikan bola matahari bersinar. Jika kau menyerahkan segenap yang kau miliki pada Cinta, kau tak akan merasakan kehilangan secercahpun. Jiwa berjalan melalui panasnya api cinta membuat kau menyaksikan jiwa berubah. Jika kau membuang kesempitan dimensi, dan ingin menyaksikan waktu dari sesuatu yang tak bertempat, kau akan mendengar apa yang belum pernah kau dengar dan akan menyaksikan apa yang belum pernah kau lihat; sehingga mereka melepaskan kau menuju suatu tempat di mana kau akan menyaksikan 'dunia' dan 'dunia-dunia' sebagai satu. Kau akan mencintai Keesaan (tauhid) dengan hati dan jiwa; sehingga, dengan mata sebenarnya, kau akan menyaksikan Tauhid ..." (Syekh Ahmad Hatif)

Kesatuan transenden segala benda menjadi tekanan utama para ahli makrifat. Pembedaan artifisial yang dibuat dalam tingkat kesadaran biasa harus dicampakkan untuk memperoleh penglihatan murni. Kesadaran semacam itulah mungkin yang membuat Ibn al-'Arabi berpendapat bahwa manusia yang berpikir usianya akan dihitung dengan cermat bisa mencapai empat puluh ribu tahun.

Aspek psikologis dari hikmah Sufi ditunjukkan oleh banyak kisah yang disampaikan dengan berbagai cara. Pengetahuan sampai melalui seorang guru kepada muridnya melalui cara yang sesuai dengan kemampuan murid dalam memahami suatu masalah, sesuai dengan kepribadian dan temperamennya. Seorang guru jarang menyampaikan ajaran kepada lebih dari sekelompok kecil murid, malah sering seorang guru hanya mengajar seorang murid. Banyak kisah Sufi yang menunjukkan bagaimana bagaimana cara mereka mengajar. Metodenya bermacam-macam, disamping dibedakan antara murid yang pandai atau cepat menangkap persoalan dengan murid yang lambat pertumbuhan pikirannya. Misalnya sebagaimana dituturkan dalam kisah ini:

"Suatu hari telah datang seorang lelaki menemui Syaikh Akbar Bahaudin, meminta petunjuk kerohanian. Bahaudin mengatakan kepadanya agar mengelakkan kajian kerohanian, dan meninggalkan majlisnya sekali ini. Pengunjung yang sama memprotes. 'Kau sudah memiliki bukti,' ujar Bahaudin. Pada waktu itu seekor burung terbang ke dalam ruang, mengepakkan sayap ke sana kemari tanpa mengetahui ke mana dia harus melarikan diri. Sanng Sufi menunggu sampai burung itu berdiam dekat jendela, dan kemudian tiba-tiba menepuk tangannya. Diberi peringatan, burung itu terbang lurus ke luar jendela, untuk membebaskan diri. Bagi burung itu suara tepukan itu telah cukup untuk menimbulkan goncangan; juga mmbuat ia terhina -- tidak - kan demikian? kata Bahaudin.

Ini hanya contoh kecil saja, bagaimana guru-guru Sufi tidak mudah menerima seorang murid, terutama yang niatnya belum kukuh dan kemampuannya untuk memahami persoalan meragukan. Jadi mereka begitu selektif.

Upaya kita untuk menyimak mutiara hikmah dari mereka tidak akan memadai seandainya kita melupakan aforisme-aforisme mereka yang begitu menukik dan tajam. Beberapa di antaranya bisa kita paparkan:

- Orang menentang sebuah pandangan karena tak mau tahu tentang pandangan tersebut.

- Kecepatan memang diperlukan oleh seekor kuda, namun tidak semua bentuk kecepatan itu diperlukan dan memberi keuntungan.

- Kau memiliki satu hal yang tak bakal hilang bila berada dalam sebuah kapal yang karam.

- Aku tidak pernah melihat seseorang yang berada di jalan lurus itu kehilangan.

- Nak, jangan minta inbalan dari A jika kau sedang bekerja di rumah B.

- Jangan bersahabat dengan pemelihara gajah jika kau tidak punya ruang untuk menghibur seekor gajah.

- Ikatlah dua ekor burung, mereka takkan mampu terbang sekali pun sayap yang mereka miliki empat.

- Pembenaran diri yang berlebihan lebih jelek dibanding kecaman yang orisinal.

- Berdosa kepada Tuhan adalah suatu hal; namun berdosa kepada manusia jauh lebih buruk.

- Lilin menyala tidak untuk menerangi dirinya sendiri.

- Kami telah menulis seratus surat kepadamu, dan kau tidak menulis sepucuk surat pun sebagai jawaban. Namun tak menjawab sudah merupakan sebuah jawaban.

- Sering seseorang memberikan penafsiran keliru jik berhadapan langsung orang yang pandai dan mengetahui.

- Seorang syekh ialah dia yang mempunyai murid yang memerlukan pribadinya, bukan keajaiban, kekeramatan dan kebesarannya.

- Seorang sufi adalah dia yang telah meninggalkan tiga macam kata 'aku' dalam ucapannya: kepunyaanku, dadaku dan kekayaanku. Ia telah melepaskan sesuatu yang diperuntukan bagi dirinya.

Imbauan tasawuf memiliki ciri universal. Ia bertalian dengan setiap peradaban, setiap agama dan setiap babakan waktu dalam sejarah manusia. Bagi yang mengalaminya tidak memerlukan takrif atau definisi, dan tak akan pernah terkena cemaran logika serba dua kali dua sama dengan empat. Intisari tasawuf selalu hadir dalam tebaran kata-kata para bijak. diktum yang disajikan Ibn al-'Arabi ini barangkali merupakan contoh yang paling cemerlang:

"Ada tiga bentuk pengetahuan. Pertama pengetahuan intelektual, yang dalam kenyataan berisi informasi dan kumpulan fakta-fakta belaka, dan apabila pengetahuan ini digunakan untuk mencapai konsep-konsep intelektual yang melampaui batas, maka ia disebut intelektualisme. Yang kedua menyusul pengetahuan tentang keadaan-keadaan, mencakup baik perasaan emosional dan perasaan asing di mana orang mengira telah mencerap sesuatu yang tinggi. Namun dia tidak dapat memanfaatkan untuk keperluan hidupnya sendiri. Inilah emosionalisme. Yang ketiga pengetahuan nyata, yang disebut Pengetahuan tentang Hakekat. Dalam bentuk ini manusia dapat mencerap apa yang betul, apa yang benar, mengatasi batasan-batasan pikiran dan penginderaan. Para sarjana dan ilmuwan memusatkan perhatian pada bentuk pengetahuan pertama. Kaum emosionalis dan eksperimentalis menggunakan bentuk kedua. Yang lain memadukan keduanya, atau memakai satu di antara keduanya secara bergantian. Akan tetapi orang yang telah mencapai kebenaran ialah mereka yang tahu bagaimana menghubungkan dirinya dengan hakekat yang terletak di balik kedua bentuk pengetahuan ini. Itulah Sufi sejati, darwis yang telah mencapai makrifat dalam arti sebenarnya.

Demikianlah uraian ringkas ini mudah-mudahan memadai dalam menjelaskan apa itu hakekat tasawuf, landasan falsafah dan kandungan sastranya.

BERIMAN KEPADA ALLAH

BERIMAN KEPADA ALLAH

Iman kepada Allah mengandung empat unsur :


1. Beriman kepada wujudnya Allah

Wujud Allah telah dibuktikan oleh fitrah, akal, syara', dan indra.

1. Bukti fitrah tentang wujud Allah adalah bahwa iman kepada sang Pencipta merupakan fitrah setiap makhluk, tanpa terlebih dahulu berpikir atau belajar. Tidak akan berpaling dari tuntutan fitrah ini, kecuali orang yang di dalam hatinya terdapat sesuatu yang memalingkannya.

Rasulullah SAW bersabda :

"Semua bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibu bapaknyalah yang menjadikan ia yahudi, nasrani, atau majusi." (HR. Al-Bukhari).

2. Bukti akal tentang wujud Allah adalah proses terjadinya semua makhluk, bahwa semua makhluk, yang terdahulu maupun yang akan datang, pasti ada yang menciptakan. Tidak mungkin makhluk menciptakan dirinya sendiri, dan tidak mungkin pula terjadi secara kebetulan. Tidak mungkin wujud itu ada dengan sendirinya, karena segala sesuatu tidak akan dapat mencipakan dirinya sendiri. Sebelum wujudnya tampak, berarti tidak ada.

Semua makhluk tidak mungkin tercipta secara kebetulan karena setiap yang diciptakan pasti membutuhkan pencipta. Adanya makhluk dengan aturan aturan yang indah, tersusun rapi, dan saling terkait dengan erat antara sebab-musababnya dan antara alam semesta satu sama lainnya.

Semua itu sama sekali menolak keberadaan seluruh makhluk secara kebetulan, karena sesuatu yang ada secara kebetulan, pada awalnya pasti tidak teratur.

Kalau makhluk tidak dapat menciptakan dirinya sendiri, dan tidak tercipta secara kebetulan, maka jelaslah, makhluk-makhluk itu ada yang menciptakan, yaitu Allah Rabb semesta alam.

Allah SWT menyebutkan dalail aqli (akal) dan dalil qath'i dalam surat Ath thur :

"Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatupun ataukah mereka yang menciptakan (diri mereka sendiri)?" ( QS. Ath-thur : 35).

Dari ayat di atas tampak bahwa makhluk tidak diciptakan tanpa pencipta, dan makhluk tidak menciptakan dirinya sendiri. Jadi jelaslah, yang menciptakan makhluk adalah Allah SWT.

Ketika Jubair bin Muth'im mendengar dari Rasulullah SAW yang tengah membaca surat Ath-thur dan sampai kepada ayat-ayat ini :

"Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatupun, ataukah mereka menciptakan (diri mereka sendiri)? Ataukah mereka telah menciptakan langit dan bumi itu? Sebenarnya mereka tidak meyakini (apa yang mereka katakan). Ataukah di sisi mereka ada perbendaharaan Robbmu atau merekalah yang berkuasa?" ( QS. At-Thur : 35-37).

Ia, yang tatkala itu masih musyrik berkata : "hatiku hampir saja terbang. Itulah permulaan menetapnya keimanan dalam hatiku." (HR. Al-Bukhari).

Dalam hal ini Kami ingin memberikan satu contoh. Kalau ada sesorang berkata kepada anda tentang istana yang dibangun, yang dikelilingi kebun-kebun, dialiri sungai-sungai, dialasi oleh hamparan karpet, dan dihiasi dengan berbagai perhiasan pokok dan penyempurna, lalu orang itu mengatakan kepada anda bahwa istana dengan segala kesempurnaanya ini tercipta dengan sendirinya, atau tercipta secara kebetulan tanpa pencipta, pasti anda tidak akan mempercayainya, dan menganggap perkataan itu adalah perkataan dusta dan dungu. Kini Kami bertanya kepada anda, masih mungkinkah alam semesta yang luas ini beserta apa-apa yang ada di dalamnya tercipta dengan sendirinya atau tercipta secara kebetulan?.

3. Bukti syara' tentang wujud Allah SWT bahwa seluruh kitab samawi ( yang diturunkan dari langit ) berbicara tentang itu. Seluruh hukum yang mengandung kemaslahatan manusia yang dibawa kitab-kitab tersebut merupakan dalil bahwa kitab-kitab itu datang dari Robb yang maha Bijaksana dan Mengetahui segala kemaslahatan makhluk-Nya. Berita-berita alam semesta yang dapat disaksikan oleh realitas akan kebenarannya yang didatangkan kitab-kitab itu juga merupakan dalil atau bukti bahwa kitab-kitab itu datang dati Robb Yang Maha Kuasa untuk mewujudkan apa yang diberitakan itu.

4. Bukti inderawi tentang wujud Allah SWT dapat dibagi menjadi dua:

a. kita dapat mendengar dan menyaksikan terkabulnya do'a orang-orang yang berdo'a serta penolong-Nya yang diberikan kepada orang-orang yang mendapatkan musibah. Hal ini menunjukkan secara pasti tentang wujud Alah SWT.

Allah berfirman :

"Dan (ingatlah kisah) Nuh sebelum itu ketika dia berdo'a, dan Kami memperkenankan do'anya, lalu Kami selamatkan dia beserta keluarganya dari bencana yang besar." ( QS. Al-Anbiya : 76).

"Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Robbmu, lalu diperkenankannya bagimu …" ( QS. Al-Anfal : 9)

Anas bin Malik t berkata : " Pernah ada seorang badui datang pada hari jum'at. Pada waktu itu Nabi SAW tengah berkhotbah. Lelaki itu berkata : "Hai Rasul Allah, harta benda Kami telah habis, seluruh warga sudah kelaparan. Oleh karena itu mohonkanlah kepada Allah SWT untuk mengatasi kesulitan Kami. "Rasululah lalu mengangkat kedua tangannya dan berdo'a. tiba-tiba awan mendung bertebaran bagaikan gunung-gunung. Rasulullah belum turun dari mimbar, hujan turun membasahi jenggotnya. Pada hari jum'at yang kedua, orang badui atau orang lain berdiri dan berkata : 'Hai Rasulullah, bangunan Kami hancur dan harta bendapun tenggelam, doakanlah Kami ini kepada Allah (agar selamat).' Rasulullah lalu mengangkat kedua tangannya, seraya berdo'a : "Ya Robbku, turunkanlah hujan di sekeliling Kami, dan jangan Engkau turunkan sebagai bencana bagi Kami." Akhirnya beliau tidak mengisyaratkan pada suatu tempat kecuali menjadi terang (tanpa hujan)." (HR. Al-Bukhari).

b. Tanda-tanda para Nabi yang disebut mukjizat, yang dapat disaksikan atau didengar banyak orang merupakan bukti yang jelas tentang wujud yang mengutus para Nabi tesebut, yaitu Allah SWT, karena hal-hal itu berada di luar kemampuan manusia. Allah melakukannya sebagai penguat dan penolong bagi para Rasul.

Ketika Allah memerintahkan Nabi Musa untuk memukul laut dengan tongkatnya, Musa memukulnya, lalu terbelahlah laut itu menjadi dua belas jalur yang kering, sementara air di antara jalur-jalur itu menjadi seperti gunung-gunung yang bergulung. Allah berfirman, yang artinya :

"Lalu Kami mewahyukan kepada Musa : "Pukullah lautan itu dengan tongkatmu." Maka terbelahlah lautan itu dan tiap-tiap belahan adalah seperti gunung yang besar." ( QS. Asy-Syuara' : 63).

Contoh kedua adalah mukjizat Nabi Isa AS ketika menghidupkan orang-orang yang sudah mati; lalu mengeluarkannya dari kubur dengan izin Allah.

Allah SWT berfirman yang artinya :

"… dan aku menghidupkan orang mati dengan seizin Allah…" (QS. Al-Imran : 49).

" … dan (ingatlah) ketika kamu mengeluarkan orang mati dari kuburnya (menjadi hidup) dengan izinKu .." ( QS. Al-Maidah : 110).

Contoh ketiga adalah mukjizat Nabi Muhammad SAW ketika kaum Quraisy meminta tanda atau mukjizat. Beliau mengisyaratkan pada bulan, lalu terbelahlah bulan itu menjadi dua, dan orang-orang dapat menyaksikannya.

Allah SWT berfirman tentang hal ini yang artinya :

"Telah dekat (datangnya) saat (kiamat) dan telah terbelah bulan. Dan jika mereka (orang-orang musyrik) melihat suatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata : "(ini adalah) sihir yang terus-menerus." (QS. Al-Qomar 1-2).

Tanda-tanda yang diberikan Allah, yang dapat dirasakan oleh indera kita itu adalah bukti pasti wujudNya

BISMILLAHI TAWAKKALTU 'ALA ALLAH

BISMILLAHI TAWAKKALTU 'ALA ALLAH

Yang dilihat & diukur bukanlah sejauh mana usahamu...
Tapi yang diharap sejauh mana tawakkalmu..
Percaya nan jitu ...Pergantungan pdNya..
Tapi tidak bermakna pula tidak perlu berusaha..
Usahalah semampumu...tapi jangan sesekali berakidah
bahawa banyaknya usahamu ..penentu kejayaan..
Tetapi berimanlah bahawa TAWAKKALMU itu padaNYA...
Itulah penentu kejayaan..
Kejayaan bukan milik sesiapa
Tetapi adalah milik ALLAH..
Jadi selayaknya hendaklah dikau pohon drpdNYA semata-mata..
Maka tinggallah rasa duka semampumu..
Kerana memikul beban duka boleh membuatmu hilang arah..hilang pedoman..
Kelmarin ALLAH telah menolongmu..Maka percayalah DIA tetap akan menolongmu..Rabbana YASSIR..

seorg ustaz prnah kata, selalu ingatkan diri kita..bahawa USAHA kita x sedikitpun (x bg sesen pun) sebab utk ALLAH
bagi kejayaan kpd kita..kalau dgn usaha kita baru Allah bg kejayaan bermakna Allah lemah..tapi..sebaliknya..A
llah MAHA BERKUASA utk bagi atau x ..itu atas KEHENDAKNYA..
tapi x bermakna pula kita x perlu berusaha..usaha kita perlu sebab ALLAH suruH kita berusaha sebagai hambaNya yg Dhoif yg lemah..yg slalu berharap pdNya...
sbg contoh kisah Mariam ktka melahirkan nabi Musa..Allah suruh juga Mariam goncangkan pokok tamar walaupun sbenarnya Allah berkuasa atas suma itu..

..sama2 TAJDID niat..kukuhkan tawakkal kita pada ALLAH adalah yg utama sebelum berusaha..byk pengalamn boleh lihat drpada konsep ni..biasa kita dgr..usaha doa & tawakkal..tapi ramai jga antara kita yg studi sgguh2,usaha sgguh2..tapi bla result x stimpal ngan usaha rasa frust sgt..kecewa..bila AKIDAH x btul2 mntap tntg konsep tawakkal .redha dgn Qada' Qadar ALLAh..
Tapi..cuba kita letakkan tawakkal kita yg utama.diiringi usaha kita..dgan harapan usaha kita yg sedikit atau banyak sentiasa di berkatiNYa..mga2 jika ada ujian yg mlanda d pertengahn jalan x mematahkan semangat kita..mga2 apa jua natijah drNya..kita berlapang dada..sebab KITA dah serah bulat2 kat ALLAH..INSYAALLAH..sama2 memantapkan akar ISLAM (AKIDAH YG SALIM ) dalam diri..

Menggapai Cinta ALLAH.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah, Yang Maha Agung dan Mulia menjumpaiku - yakni dalam tidurku - kemudian berfirman kepadaku, "Wahai Muhammad, katakanlah : "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai siapa saja yang mencintai-Mu, serta mencintai perbuatan yang mengantarkan aku untuk mencintai-Mu."
Dalam amal ubudiyah, cinta (mahbbah) menempati derajat yang paling tinggi. Mencintai Allah dan rasul-Nya berarti melaksanakan seluruh amanat dan ajaran Al-Qur'an dan Sunnah Rasul, disertai luapan kalbu yang dipenuhi rasa cinta.

Pada mulanya, perjalanan cinta seorang hamba menapaki derajat mencintai Allah. Namun pada akhir perjalanan ruhaninya, sang hamba mendapatkan derajat wahana yang dicintaiNya. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah, Yang Maha Agung dan Mulia menjumpaiku - yakni dalam tidurku - kemudian berfirman kepadaku, "Wahai Muhammad, katakanlah : /Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai siapa saja yang mencintai-Mu, serta mencintai perbuatan yang mengantarkan aku untuk mencintai-Mu."/

Dalam buku "Mahabbatullah" (mencintai Allah), Imum Ibnu Qayyim menuturkan tahapan-tahapan menuju wahana cinta Allah. Bahwasanya cinta senantiasa berkaitan dcngan amal. Dan amal sangat tergantung pada keikhlasan kalbu, disanalah cinta Allah berlabuh. Itu karena Cinta Allah merupakan refleksi dari disiplin keimanan dan kecintaan yang terpuji, bukan kecintaan yagn tercela yang menjerumuskan kepada cinta selain Allah.

Tahapan-tahapan menuju wahana cinta kepada Allah adalah sebagai berikut:

1. Membaca al-Qur'an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar. Itu tidaklain adalah renungan seorang hamba Allah yang hafal danmampu menjelaskan al-Qur'an agar dipahami maksudnya sesuai dengan kehendak Allah swt. Al-Qur'an merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak bisa ditandingi dengan kemuliaan apapun. Ibnu Sholah mengatakan "Membaca Al-Qur'an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas mahluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan semacam itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia".

2. Taqarub kepada Allah swt, melalui ibadah-ibadah sunnah setalah melakukan ibadah-ibadah fardlu. Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardlu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai Allah. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunnah, mereka itu adalah orang yang dicintai Allah. Ibadah-ibadah sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah, diantaranya adalah: shalat-shalat sunnah, puasa-puasa sunnah,sedekah sunnah dan amalan-amalan sunnah dalam Haji dan Umrah.

3. Melanggengkan dzikir kepada Allah dalam segala tingkah laku, melaui lisan, kalbu, amal dan perilaku. Kadsar kecintaan seseorang terhadap Allah tergantung kepada kadar dzikirnya kepadaNya. Dzikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :"Aku bersama hambaKu,s elama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berdzikir) kepadaKu".

4. Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri. Memprioritaskan cinta kepada Allah di atas cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayang-bayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Artinya ia rela mencintai Allah meskipun beresiko tidak dicintai oleh mahluk. Inilah derajat para Nabi, diatas itu derajat para Rasul dan diatasnya lagi derajat para rasulul Ulul Azmi, lalu yang paling tinggi adalah derajat Rasulullah Muhammad s.a.w. sebab beliau mampu melawan kehendak dunia seisinya demi cintanya kepada Allah.

5. Kontinuitas musyahadah (menyaksikan) dan ma'rifat (mengenal) Allah s.w.t. Penglihatan kalbunya terarah kepada nama-nama Allah dan sifat-sifatNya. Kesadaran dan penglihatan kalbunya berkelana di taman ma'rifatullah (pengenalan Allah yang paling tinggi). Barang siapa ma'rifat kepada asma-asma Allah, sifat-sifat dan af'al-af'al Allah dengan penyaksian dan kesadaran yang mendalam, niscaya akan dicintai Allah.

6. Menghayati kebaikan, kebesaran dan nikmat Allah lahir dan batin akan mengantarkan kepada cinta hakiki kepadaNya. Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah. Oleh sebab itu, tidak ada satu pun kekasih yang hakiki bagi seorang hamba yang mampu melihat dengan mata batinnya, kecuali Allah s.w.t. Sudah menjadi sifat manusia, ia akan mencintai orang baik, lembut dan suka menolongnya dan bahkan tidak mustahil ia akan menjadikannya sebagai kekasih. Siapa yang memberi kita semua nikmat ini? Dengan menghayati kebaikan dan kebesaran Allah secara lahir dan batin, akan mengantarkan kepada rasa cinta yang mendalam kepadaNya.

7. Ketertundukan hati secara total di hadapan Allah, inilah yang disebut dengan khusyu'. Hati yang khusyu' tidak hanya dalam melakukan sholat tetapi dalam semua aspek kehidupan ini, akan mengantarkan kepada cinta Allah yang hakiki.

8. Menyendiri bersama Allah ketika Dia turun. Kapankan itu? Yaitu saat sepertiga terakhir malam. Di saat itulah Allah s.w.t. turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepadaNya dengan melaksanakan sholat malam agar mendapatkan cinta Allah.

9. Bergaul dengan orang-orang yang mencintai Allah, maka iapun akan mendapatkan cinta Allah s.w.t.

10. Menjauhi sebab-sebab yang menghalangi komunikai kalbu dan Al-Khaliq, Allah subhanahu wataala.

Imam Mahadi Pembawa Rahmat~oleh JAKIM.

HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM

Kategori : AKIDAH Usuluddin
Tajuk :
Imam Mahadi Pembawa Rahmat
Hadith :
Rasulullah s.a.w telah menyebut satu bala bencana akan menimpa umat ini sehingga seseorang tak dapat tempat untuk berlindung daripada kezaliman; maka Allah Taala lahirkan seorang dari keturunanku dan ahli rumahku, serta Tuhan penuhkan bumi dengan kejujuran dan keadilan disebabkan pemerintahannya, sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; penduduk langit dan bumi puas hati dengan pemerintahannya; langit pula tidak meninggalkan sedikit pun dari hujannya melainkan dicurahkannya dengan lebat, dan bumi juga tidak meninggalkan dari tumbuh-tumbuhannya melainkan dikeluarkan dengan sebanyak-banyaknya, sehingga orang yang hidup suka kalau orang-orang matinya hidup semula (supaya mereka dapat menikmati kemakmuran itu bersama); Mahadi itu akan hidup dalam keadaan yang tersebut selama tujuh atau lapan, atau pun sembilan tahun."

Abu Sa'id Al-Khudri r.a



Huraian
Rasulullah s.a.w telah menyebut satu bala bencana akan menimpa umat ini sehingga seseorang tak dapat tempat untuk berlindung daripada kezaliman; maka Allah Taala lahirkan seorang dari keturunanku dan ahli rumahku, serta Tuhan penuhkan bumi dengan kejujuran dan keadilan disebabkan pemerintahannya, sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; penduduk langit dan bumi puas hati dengan pemerintahannya; langit pula tidak meninggalkan sedikit pun dari hujannya melainkan dicurahkannya dengan lebat, dan bumi juga tidak meninggalkan dari tumbuh-tumbuhannya melainkan dikeluarkan dengan sebanyak-banyaknya, sehingga orang yang hidup suka kalau orang-orang matinya hidup semula (supaya mereka dapat menikmati kemakmuran itu bersama); Mahadi itu akan hidup dalam keadaan yang tersebut selama tujuh atau lapan, atau pun sembilan tahun."

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Lima Nama Rasulullah

HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM


Kategori : AKIDAH TauhidIman
Tajuk :
Lima Nama Rasulullah
Hadith :
Dari Jubair bin Muth’in, katanya:”Aku mempunyai lima nama. Aku Muhammad (dipuji), aku Ahmad (amat terpuji), aku Mahi (penghapus) yang Tuhan menghapuskan kekafiran dengan usahaku, aku Hasyir (pengumpul) di mana dikumpulkan manusia di belakangku dan aku ‘Aqib (penghabisan).”

(Bukhari)

Huraian
Siapa yang tidak kenal nama Muhammad? Jika pertanyaan: “Siapakah Muhammad itu” ditujukan kepada seorang muslim, tentu mereka sangat mengenalinya. Muhammad adalah purnama. Cahayanya di atas cahaya. Begitu syair pujian untuk dirinya. Sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith di atas, terdapat banyak nama-nama yang diberikan kepada rasulullah dan sebagai seorang Islam kita wajib berselawat pada tiap-tiap kali menyebut, menulis atau mendengar nama Nabi Muhammad s.a.w., atau ganti namanya atau pun pangkat kenabiannya juga pangkat kerasulannya. Pendapat ini ialah pendapat sebahagian besar daripada penyokong-penyokong Mazhab Maliki, Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali, mereka berpendapat bahawa sesiapa yang tidak berselawat pada masa-masa yang tersebut maka ia telah melakukan dosa besar kerana banyak hadith yang menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w., telah memberi amaran menyatakan bahawa sesiapa yang tidak berselawat kepada Baginda s.a.w., pada masa disebutkan nama atau ganti nama Baginda s.a.w. maka dialah sebakhil-bakhil manusia, dialah yang mendapat kehinaan yang memalukan dan memuramkan mukanya, dialah yang beroleh kepayahan dan kesusahan, dialah yang jauh dari rahmat Allah dan dialah yang akan masuk ke dalam neraka sekiranya tidak diampunkan dosanya meninggalkan berselawat itu, (sebagaimana yang tersebut dalam hadis Abu Zar al-Ghifari, yang diriwayatkan oleh Ibn Abu Asim; Hadis Abu Hurairah riwayat Tirmizi dan al-Hakim; riwayat at-Tabari dan Bukhari pada al-Adab al-Mufrad; Hadis Abu Hurairah riwayat Ibn Hibban dan al-Bukhari pada al-Adab al-Mufrad dan hadis Abdullah bin Jarad riwayat ad-Dailami).

Mempercayai Ramalan Bintang >Syirik & sesat?

HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM


Kategori : AKIDAH TauhidIman
Tajuk :
Mempercayai Ramalan Bintang
Hadith :
Dari Zaid bin Khalid, katanya: “ Kami bersembahyang subuh dengan Rasulullah s.a.w di Hudaibaiah, sedangkan pada malamnya hujan turun. Setelah selesai, beliau menghadapkan mukanya kepada orang banyak seraya berkata: Tahukah anda apa yang telah dikatakan Allah?” Jawab mereka itu: “Allah dan Rasul-Nya yang mengetahui.” Kata Rasulullah s.a.w.: “Allah telah berkata: “Pada pagi ini ada di antara hamba-hamba-Ku yang percaya kepada-Ku dan ada pula yang ingkar; adapun yang menyatakan: “ Kita telah didatangkan hujan dari kurniaan Allah dan rahmat-Nya, maka orang itulah yang beriman kepada-Ku dan ingkar kepada bintang-bintang; adapun yang berkata, kita telah dituruni hujan sebab bintang Anu dan bintang Anu, maka orang itulah yang ingkar kepada-Ku dan percaya kepada bintang-bintang.”

(Muslim)

Huraian
Bintang adalah salah satu daripada ciptaan Allah SWT yang berfungsi sebagai penunjuk arah bagi pelaut dan nelayan selain sebagai penghias cakerawala. Justeru adalah satu pemikiran yang sesat apabila ada orang yang beranggapan bahawa bintang-bintang tersebut mempunyai kuasa yang mampu mempengaruhi nasib dan perjalanan hidup manusia sebagaimana yang menjadi bahan kepercayaan muda mudi sekarang terhadap bintang Capricon, Aquarius, Pisces, Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio dan Sagittarius. Sebagai umat Islam kita dilarang mempelajari hal yang bersifat tekaan untuk meramal nasib manusia bahkan ia merupakan suatu perbuatan syirik dan berunsur jahiliyah serta termasuk dalam kategori sihir dan mendustakan takdir sedangkan mereka yang mendustakan takdir jelas termasuk di dalam golongan musyrik.

Syurga Orang Kafir; Penjara Orang Mukmin ~Jakim.

IMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Syurga Orang Kafir; Penjara Orang Mukmin
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

(Muslim)

Huraian
Dunia ini harus kita nikmati dengan mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dikatakan bahawa dunia adalah penjara bagi mukmin kerana di dunia manusia terdedah dengan pelbagai macam godaan dan ancaman yang mencabar keimanan. Bahkan apa yang dilarang oleh agama itu selalunya menjadi kesukaan nafsu manusia. Namun hakikatnya laranga-larangan itu adalah demi kebaikan dan kesejahteraan manusia itu sendiri agar tidak terjebak ke lembah kebinasaan. Berbeza pula bagi golongan kafir mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga akhirnya mereka merosakkan jiwa dan diri mereka sendiri. Inilah hakikat dunia yang akan menjadikan manusia yang alpa tenggelam di dalamnya. Sebab itu kita selaku orang mukmin diseru agar memanfaatkan dunia dengan bijaksana iaitu apabila kita berusaha memanfaatkan kehidupan dunia sebagai jambatan menuju kebahagiaan akhirat, maka Allah akan memberikan kedua-dua-nya (kebahagiaan dunia dan akhirat). Namun sekiranya kita hanya mengutamakan kehidupan dunia dan melupakan akhirat, maka Allah hanya akan memberikan satu kenikmatan sahaja iaitu dunia semata. Sedangkan di akhirat kelak kita mendapat kerugian yang banyak.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

HADIST NABI TENTANG-"cinta dunia & takut mati".

CINTAKAN DUNIA
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;

"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
H.R. Abu Daud

Keterangan
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t.
Kitaa berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah.

Hadis Akhir Zaman~Hadis Pertama : -

Hadis Pertama : -

TAKWA DAN PERPADUAN
ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

H.R. ABU DAUD DAN TIRMIZI

Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah ra. berkata : "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata : Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda : "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umur nya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnah ku dan sunnah para Khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-Khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat".

Hadis di atas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga dari pada Rasulullah saw bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw dalam hadis ini iaitulah : -

1. Hendaklah ia melazimi takwa kepada Allah dalam apa juga keadaan pun dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

2. Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al-Quran dan sunnah Nabi saw dan sunnah-sunnah khulafa ArRasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

3. Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw dan sunnah para khulafa ArRasyidin Al Mahdiyin yang mana mereka telah mendapat pertunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalanm ahli sunnah wal jamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti. InsyaAllah...

4. Menjauhi perkara-perkara atau apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama.

40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN~ Hadis Kedua

40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN

Hadis Kedua


KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI
SASARAN PEMUSNAHAN?

H.R. BUKHARI MUSLIM

Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw), beliau berkata :" (pada suatu hari) Rasulullah saw masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung ibu jari dan hujung jari sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya :"Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi saw bersabda :"Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".


Hadis di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.


Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kafasiqan hendaklah segera dibasmi dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi melapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalam hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw, sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain. Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa itu dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan di permukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.

40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN- Hadis Ketiga : -

Hadis Ketiga : -

SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMINI
DUNIA ISLAM

H.R. ABU DAUD

Daripada Tsauban ra berkata : Rasulullah saw bersabda : "Hampir tiba suatu masa di mana bnagsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?". Nabi menjawab : "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw itu. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia) tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka di tindas, di injak-injak, di sakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan' yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu "cinta dunia" dan "takut mati". Kedua-dua penyakit itu tidak dapat dipisahkan. Cinta dunia bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta ke jalan Allah SWT. Takut mati pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah SWT.

Kita berdoa agar Allah SWT menurunkan nusrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.

40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN ~Hadis Keempat.

Hadis keempat :

ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG

H.R. MUSLIM

Daripada Abdullah bin Amr bin ash' ra berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :" Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai peminpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."

Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan "patah tumbuh hilang berganti", peribahasa itu tidak tepat berlaku kepada alim-ulama.
Mereka patah sayap payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu masa nanti permukaan bumi ini akan kosong dari ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya alim-ulama lah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.

Di akhir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW tadi. Dimana bilangan ulama-ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkan pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Inilah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN~Hadis kelima.

Hadis Kelima : -
UMAT ISLAM MENGIKUTI
LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI

H.R. MUSLIM

Daripada Abu Said Al-Kudri ra berkata : Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :" Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya, " "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi SAW menjawab, " Siapa lagi kalau bukan mereka".

Umat Islam yang mengikut jejak langkah apapun "cara hidup" orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan orang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikut mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah SAW ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mere hanya meniru "cara hidup" Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Al ikhlas adalah. . . .

Al ikhlas adalah. . . .
salah satu bentuk pengakuan tertinggi dalam al quran terhadap
Allah azza wa jalla . . . .

bahwasannya . . . .
Dialah Allah, Yang Maha Esa
Allah adalah Ilah yang bergantung kepadaNya segala urusan
Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan
Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia

dan memang tidak salah . . .
ketika Baginda Mengadakan "sayembara"
siapa yg paling cepat khatam Al quran maka akan di nikahkan dgn
"bunga hatinya RosululLah SAW"

maka sang pemenangnya adalah Sayyidina ALI KW . . .dengan hanya...
beliau membaca 3x surah al ikhlas tersebut . . .

dan ketika di tanya Baginda . . .
Ali pun menjawab : salah satu bentuk pengakuan tertinggi dalam al quran terhadap Allah azza wa jalla . . .

dan tidak ada keraguan sama sakali disana , . . . . Al ikhlas adalah. . . .
salah satu bentuk pengakuan tertinggi dalam al quran terhadap
Allah azza wa jalla . . . .

Maka amalkan amalan membaca Surah Al Ikhlas X3 setiap malam sebelum tidur & sewaktu bangun dari tidur...


Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,sesungguhnya
Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq,
dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat,
nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq dan an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS~

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS


‘Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..bismilla hirrahmannirrahi m’
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad..) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah…
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa.w:
‘Barang siapa membaca Qul huwa’llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan
Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari..

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca
surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara
Kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya
Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran… Lalu dengan membaca surah
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus
Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya
setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan…
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di
sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya. .
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.

Persoalan Di mana kah Allah & Al Ikhlas.

Persoalan Dimanakah Allah s.w.t?
Perihal tentang perbincangan Sifat Allah s.w.t, maka ia tiada diperselisihkan seperti yang diturunkan dalam surah al-Ikhlas ayat 1-4 yang menceritakan keEsaan Allah s.w.t. iaitu ayat-ayat yang maksudnya berbunyi sebegini:

1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,
4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."

Dalam satu riwayat dikemukakan bahawa kaum musyrikin meminta penjelasan kepada Rasulullah s.w.t tentang sifat-sifat Allah dengan berkata: "Jelaskan kepada kami perihal Tuhanmu." maka turunlah 4 ayat tersebut bagi menjawab persoalan kaum musyrikin itu. (Diriwayatkan oleh Tirmidzi, al-Hakim dan ibn Khuzaimah dari Abi Aliyah yang bersumber dari Ubay bin Ka'ab. Diriwayatkan pula oleh at-Thabarani dan ibn Jarir yang bersumber dari Jabir bin Abdullah dan dijadikan dalil bahawa surah ini adalah surah Makkiyah yang diturunkan di Makkah)).

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa kaum Yahudi menghadap Nabi s.a.w dan diantaranya Ka'bubnul 'Asyraf dan Hay bin Akhtab. Mereka berkata: "Hai Muhammad, lukiskan sifat-sifat Tuhan yang mengutusmu." Maka turunlah surah al-Ikhlas berkenaan peristiwa ini. (Dirawayatkn oleh ibn Abi Hatim dari ibn 'Abbas. Diriwayatkan pula oleh ibn Jarir yang bersumber dari Qatadah dan ibn Mundzir yang bersumber dari Sa'id bin Jubair. Dengan riwayat ini Sa'id bin Jubair menegaskan ia adalah surah Madaniyyah.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa kaum Ahzab (Persekutuan antara Quraisy, Yahudi Madinah, Kaum Goththafan dari Thaif dan Munafiqin Madinah dan beberapa sekutu sekeliling Makkah) berkata: "Lukiskan sifat Tuhanmi kepada kami." Maka sampailah Jibril a.s menyampaikan surah al-Ikhlas yang melukiskan sifat-sifat Allah. (Diriwayatkan oleh Ibn Jarir dari Abi Aliyah bersumberkan dari Qatadah.)


Demikianlah sebab turunnya surah al-Ikhlas, untuk menceritakan pada orang-orang kafir tentang sifat Allah s.w.t. Kemudian datang pula perselisihan dikalangan umat Islam tentang persoalan dimanakah Allah s.w.t? InsyaAllah saya akan cuba sertakan dalil-dalil daripada al-Qur'an, Hadith dan juga beberapa kata-kata 'ulama' dengan seringkas yang mungkin bagi menjawab persoalan tersebut.

Dalil daripada al-Qur'an al-Karim:

Surah al-A’raaf : 54,

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy; ia melindungi malam Dengan siang Yang mengiringinya Dengan deras (silih berganti) dan (ia pula Yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (Semuanya) tunduk kepada perintahNya. ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha suci Allah Yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

Surah Yunus : 3,

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menjadikan langit dan bumi Dalam enam masa kemudian ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan Segala urusan. tidak ada sesiapa pun Yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan Taatlah kamu kepada perintahNya; Patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan Yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?

Surah ar-Ra’d : 2

Allah jualah Yang menjadikan langit terangkat tinggi Dengan tiada bertiang sebagaimana Yang kamu melihatnya, kemudian ia bersemayam di atas Arasy; dan ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa Yang telah ditetapkan. Allah jualah Yang mentadbirkan Segala urusan; ia menerangkan tanda-tanda kekuasaannya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).

Surah Thohaa : 5,

Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.

Surah al-Furqan : 59,

Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya, Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy, ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka Bertanyalah akan hal itu kepada Yang mengetahuinya.

Surah as-Sajdah : 4,

Allah Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang Penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?

Surah al-Hadid : 4,

Dia lah Yang telah menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy; ia mengetahui apa Yang masuk ke bumi serta apa Yang keluar daripadanya; dan apa Yang diturunkan dari langit serta apa Yang naik padanya. dan ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan.

Demikian adalah tujuh ayat dari al-Qur’an yang menceritakan bahawa Allah istiwa di atas ‘Arasy-Nya. Istiwa disini bermaksud bersemayam (reside, sit of royalty) apabila diterjemahkan dalam bahasa Melayu (Rujuk al-Qur’an dan Terjemahnya, terjemahan dan tafsiran dibawah pimpinan Prof. R. H. A Soenarjo S. H.; dan Kamus al-Qur’an tulisan Syeikh Dr. Hasanain Muhammad Makhluf) namun adakah Allah s.w.t bersemayam seperti hamba-Nya?

Allah s.w.t berfirman dalam surah asy-Syuraa ayat ke-11:

Tiada sesuatupun Yang sebanding Dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

Berdasarkan ayat tersebut (laisa kamithlihi sa un), kita biarkan saja ayat-ayat tersebut (berkenaan Istiwa) sebagaimana Allah s.w.t tetapkan dimana Dia berada tanpa tahrif (mengubah atau menukar ganti makna), tanpa ta’til (menafikan sifat bagi Allah s.w.t), tanpa takyif (menggambarkan rupa bentuk sifat) dan tanpa tamthil (mengumpamakan makna dengan sesuatu).(Rujuk Tafsir Ibn Kathir dalam tafsiran surah al-A’raf bab maksud Istawa tulisan Imam Abul Fida Ibn Kathir r.h)

‘Arasy pula diayat-ayat tersebut didalam bahasa ‘Arab dimaksudkan dengan singgahsana untuk raja namun yang dimaksudkan dalam ayat-ayat tersebut ‘Arasy dimaksudkan seperti yang Allah s.w.t berfirman dalam ayat ke-7 surah al-Mu’min:

(Malaikat-Malaikat) Yang memikul Arasy dan malaikat Yang berada di sekelilingnya..

Bagaimanapun ayat ke-4 dalam surah al-Hadid yang bermaksud: “..Dan Ia tetap bersama-sama kamu dimana saja kamu berada…” (wa hua ma’akum aina ma minku). Dikhabarkan kepada saya ditafsirkan ayat ini oleh ibn ‘Abbas yang bersama itu adalah ‘Ilmu walau saya masih belum dapat jumpa lagi sumbernya. Dan pada ayat ini Imam Abu Hanifah r.h pernah ditanya tentangnya, dan beliau menjawab: “Ia seperti kamu tulis surat kepada kekasihmu dan katakan “aku sentiasa bersamamu””.(Rujuk Aqidah Empat Imam Mazhab tulisan Dr. Muhammad bin Abdurrahman al-Khumais)

Dalil-dalil daripada Hadith Rasulullah s.a.w:

Hadith yang pertama:
Ketika Mu’awiyah Bin al-Hakam as-Sulamy ingin memerdekakan hambanya yang bernama Jariyyah, beliau membawanya kepada Rasulullah s.a.w.;
Rasulullah bertanya kepada hamba tersebut: “Di manakah Allah (aina Allah)?” Jawab hamba itu: “Allah di langit (fis samaa’).” Baginda Rasulullah bertanya lagi: “Siapakah aku?” Jawab hamba itu lagi: “Engkau adalah Rasulullah.” Dan kemudian baginda Rasulullah bersabda, “Merdekakanlah dia, kerana dia seorang mukminah (wanita yang sedia beriman). (Hadith Diriwayatkan oleh Jema’ah ahli Hadis, antaranya Imam Malik, Imam Muslim, Abu Daud, ad-Darimi, an-Nasai’e)


Inilah dalilnya, yang mana kita seharusnya menjawab bahawasanya Allah s.w.t itu berada dilangit jika ditanyakan dimana Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w katakan bahawa itu adalah iman kita berdasarkan hadith tersebut Rasulullah s.a.w mengakui kata-kata Jariyyah bahawa Allah s.w.t itu berada dilangit.

Hadith yang kedua:
Abu Hurairah r.a melaporkan, Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata:
“Tuhan yang Maha Suci dan Maha Tinggi turun ke langit dunia pada setiap malam, ketika tinggal satu pertiga yang akhir dari malam. Allah berkata, “Sesiapa yang berdoa kepada Aku, Aku akan perkenankan baginya. Sesiapa yang minta dari Aku, Aku beri padanya. Sesiapa yang meminta ampun, Aku ampuninya. (Hadith Sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.)

Dari hadith yang disertakan diatas, menunjukkan Allah s.w.t berada diatas langit berdasarkan perkataan turun (yanzilu) dan pastinya Allah s.w.t berada diatas jikalau Dia turun. TurunNya Allah s.w.t adalah wajib kita percayai tanpa ditanyakan bagaimana Allah turun, tanpa mengubah maknanya.

terdapat empat pandangan iaitu:

Pandangan Pertama:
Mereka berpegang dengan zahir maknanya, sehingga menyamakan Allah dengan makhluknya. Mereka itu golongan yang dikenali dengan mujassimat dan musyabbihat. Mereka adalah golongan sesat kerana pandangan ini terpesong dari Islam. Pandangan ini dikategorikan sesat berdasarkan Firman Allah s.w.t dalam asy-Syuraa ayat ke-11 dan surah al-Ikhlas ayat 1-4.

Pandangan Kedua:
Mereka menolak semua ayat dan hadith itu sehingga menafikan segala maksudnya. Menurut mereka, Allah tidak berkata-kata, tidak mendengar, tidak melihat kerana menurut mereka sifat-sifat itu memerlukan pancainderacsedangkan Allah tidak begitu. Mereka itu dikenali dengan golongan mu’attalat dan ada yang menamakannya dengan al-Jahmiyyah. Pendapat mereka salah dan sesat, kerana kita faham sifat-sifat itu wujud dan tidak semestinya melalui anggota dan pancaindera. Kita salah mensyaratkan pancaindera dan anggota kepada sifat-sifat Allah.

Pandangan Ketiga:
Menurut ulama’ yg beraliran salaf, mereka beriman kepada ayat-ayat dan hadith-hadith itu. Mereka menyerahkan maksudnya kepada Allah. Mereka juga beriman dengan ayat-ayat dan hadith-hadith yang menyebutkan perkataan mata, tangan, muka, bersemayam dan lain-lain. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui tujuannya.

Pandangan Keempat:
Pendapat keempat dikemukakan oleh ulama’ beraliran khalaf iaitu mereka yang berada selepas kurun kelima Hijrah (ada juga yang berpendapat yang menyatakan selepas kurun ketiga Hijrah). Zaman itu adalah zaman merebaknya pengaruh falsafah ke dalam ilmu ‘Aqidah. Bagi menghadapi hujjah falsafah, mereka berpendapat ayat-ayat al-Qur’an dan hadith-hadith yang mengandungi sifat mutasyabihat itu perlu diperjelaskan dengan huraian dan makna. Mereka berkata yang dimaksudkan dengan muka itu Dzat-Nya, tangan itu kudrat-Nya dan sebagainya.

Dan beliau telah memilih pandagan golongan yang ke-3 tapi tanpa menolak keseluruhan pandangan ke-4.

Demikianlah artikel pendek dari saya yang cetek ‘ilmu didada, jikalau ada kesilapan, minta ditegur.
Wallahua’lam.

Rujukan:
1. Al-Qur’an al-Karim dan Terjemahnya.
2. Syeikh Dr Hasanain Muhammad Makhluf, Kamus al-Qur’an, Malay Trans. Edt [AlBaz Publishing : 1997].
3. Imam Abul Fida Ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, Eng Trans. Edt [Darussalam].
4. Dr. Muhammad bin Abdurrahman al-Khumais, Aqidah Empat Imam Mazhab, [Jahabersa].