Isnin, Jun 7

5 perkara yang harus disegerakan.

"Anakku, apabila yang diingini dan dikejar itu sesuatu yang tinggi dan mulia, maka banyaklah akibatnya dan panjanglah jalannya menuju ke sana." ~ Imam Ghazali

LIMA

5 perkara yang harus disegerakan.

Dari Hatim Al Asom; "Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan kecuali pada lima tempat maka ia termasuk dalam sunnah rasulullah saw."

1) Memberi makan kepada tetamu apabila ia datang berkunjung.

2) Menyiapkan perkuburan mayat apabila ia telah mati.

3) Mengahwinkan anak perempuan apabila ia cukup umur.

4) Membayar hutang bila tiba waktunya.

5) Bertaubat dari dosa bila telah melakukannya.

5 pesanan dari Syaikh Al Balkhi.

1) Sembahlah Allah sebanyak mana keperluanmu kepadaNya.

2) Ambillah apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.

3) Lakukanlah maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.

4) Persiapkan bekal didunia untuk selama kamu tinggal di kubur.

5) Beramallah untuk syurga menurut lamanya masa yg kamu inginkan tinggal didalamnya.

Harta bertimbun akan menyebabkan 5 perkara.

Dari Sufyan Tsauri, "Tiada berkumpul harta disisi seseorang pada zaman ini melainkan timbul didalmnya 5 perkara..."

1) Panjang angan-angan.

2) Sentiasa tamak.

3) Sangat kedekut.

4) Berkurang wara'nya.

5) Lupa akan akhirat.