Perkara yang pertama diutamakan oleh Syariat Islam, diatas tiap-tiap mukallaf
ialah mengetahui atau mengenal Allah. Mengenal Allah itu ialah mengenal sifat-sifat
Allah dengan dalil-dalil yang nyata dan terang seperti adanya Alam. Adanya Alam
menunjukkan adanya Tuhan yang menjadikannya iaitu Allah SWT, Tuhan yang
Maha esa yang bersifat wujud.
Tiada siapa yang boleh mengetahui Zat Allah melainkan Allah jua.
dari itu segala apa yang terlintas di hati kecil mu atau terfikir pada
fikiranmu, adalah Allah berlainan dari segala-galanya itu.
Mengetahui sifat-sifat Allah itu sama ada : -
1. dengan cara ijmal atau
2. dengan cara tafsil
Ijmal
Ijmal bererti beriman dan mengetahui akan sifat-sifat Allah dengan jalan
ringkas iaitu percaya dengan sesungguh-sungguh hati bahawa Allah bersifat
dengan segala Sifatul Kamal iaitu sifat-sifat kesempurnaan seperti berkuasa
dan berilmu, tidak bersifat dengan segala Sifatun Noqsan iaitu sifat-sifat
kekurangan dan kehinaan seperti sifat lemah dan bodoh.
Tafsil
Tafsil bererti beriman dan mengetahui akan sifat-sifat Allah dengan lanjut serta
dengan huraiannya satu persatu dan dalil-dalil yang menunjukkan sifat-sifat itu.
Sifat-sifat tafsil itu terhimpun di dalam dua puluh sifat iaitu sifat-sifat yang wajib
bagi Allah SWT...
SIFAT-SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH
1. Wujud ertinya ada
2. Qidam ertinya sedia
3. Baqa ertinya kekal
4. Muhalafah tu hu Lil Hawadith ertinya menyalahi bagai segala yang baharu
5. Qiyamuhu ni Nafsihi ertinya berdiri dengan sendirinya
6. Wahdaniat ertinya esa (tunggal)
7. Qudrat ertinya berkuasa
8. Iradat ertinya berkehendak
9. Ilmun ertinya mengetahui
10. Hayatun ertinya hidup
11. Samiun ertinya mendengar
12. Basarun ertinya melihat
13. Kalamun ertinya berkata-kata
14. Kaunuhu Taala Qadiran ertinya yang berkuasa
15. Kaunuhu Taala Muridan ertinya yang berkehendak
16. Kaunuhu Taala A'liman ertinya yang mengetahui
17. Kaunuhu Taala Hayyan ertinya yang hidup
18. Kaunuhu Taala Samian ertinya yang mendengar
19. Kaunuhu Taala Basiran ertinya yang melihat
20. Kaunuhu Taala Mutakaliman ertinya yang berkata-kata