Selasa, Jun 8

ADAB BERSAHABAT.

Apabila bersahabat, diri sendiri dan sahabat harus mempunyai tanggungjawab dan punya harapan sendiri:

Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan. Oleh itu, berfikir dulu sebelum ianya berlaku.

Jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tak semestinya bagus & betul.

Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri.

Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya & lihat diri sendiri, diri kita tak tentunya baik.

Jangan membuat muka berlagak & sombong atau menghentak hentakkan kaki & barang bila kita membuat kesalahan supaya kesalahan itu dapat menutup kesalahan kita

Bijak menyesuaikan tutur kata dan emosi. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busybody dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. Beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dengan insan lain.

Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jangan dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut.

Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik daripada membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain & membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tak membawa kita ke mana-mana, sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

Jagalah hati sahabat sebagaimana kita mahu sahabat kita menjaga hati kita. Kalau kita pandai menjaga hati orang lain, begitulah sebaliknya orang lain akan lakukan kepada kita & begitulah sebaliknya.